Motosikal 150cc ke atas wajib ada Sistem Brek Anti-Kunci bermula 1 Januari 2025 – TPM

Photo of author

By Joe

Motosikal 150cc ke atas wajib ada Sistem Brek Anti-Kunci bermula 1 Januari 2025 – TPM. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan bahawa semua motosikal baharu dengan enjin berkapasiti 150cc dan ke atas diwajibkan untuk dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) mulai 1 Januari tahun depan.

Menurutnya, langkah ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk menangani isu kemalangan jalan raya, khususnya yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal, lapor Harian Metro.

Kerajaan memutuskan langkah tersebut berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menunjukkan bahawa Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dapat mengurangkan kadar kemalangan maut sebanyak 31 peratus, tambah beliau.


Motosikal 150cc ke atas wajib ada Sistem Brek Anti-Kunci bermula 1 Januari 2025 - TPM

“Malaysia merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang menghadapi isu ini. Walaupun kadar kematian per 100,000 orang telah menurun dari 27 peratus pada tahun 2000 kepada 22.5 peratus pada tahun 2019, ia masih antara yang tertinggi di dunia.
“Jadi, saya yakin inisiatif ini akan membantu mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia,” katanya.

Berikutan pelaksanaan baharu ini, beliau berharap inisiatif tersebut dapat menjadi contoh kepada negara-negara ASEAN lain untuk mengambil langkah yang sama, sekali gus menjadikan motosikal sebagai kenderaan yang lebih selamat digunakan oleh orang ramai.

Baca Lagi:
Lelaki kerat mayat isteri dan buang merata-rata di jalan raya
Warga TikTok dedah bodyguard Anwar Ibrahim merupakan anak kepada Tan Sri
Wanita OKU jual video nakal di Telegram kantoi dengan ahli keluarga terdekat