Motorsikal skuter tergantung atas kabel elektrik buat orang ramai bingung

Motorsikal skuter tergantung atas kabel elektrik buat orang ramai bingung

Motorsikal skuter tergantung atas kabel elektrik buat orang ramai bingung.

Sebuah klip video tular di media sosial India memaparkan sebuah motosikal jenis skuter tergantung di atas kabel elektrik di bandar Jammu, wilayah Jammu dan Kashmir, lapor laman berita India Times hari ini.

Beberapa penduduk yang lalu lalang dilihat turut merakam gambar skuter tersebut sambil menyatakan rasa hairan melihat bagaimana kenderaan itu boleh tergantung dalam keadaan seperti itu.

Motorsikal skuter tergantung atas kabel elektrik buat orang ramai bingung

Sebilangan netizen berkata, skuter itu diterbangkan angin ketika kejadian ribut pada 18 Jun lalu.

Namun, tiada individu yang mengesahkan perkara tersebut.

Video skuter itu tular di laman Twitter dan menerima pelbagai komen netizen.

“Sila parkir motosikal anda di tempat yang paling selamat,” kata seorang netizen.

“Mungkin ia skuter elektrik, jadi, ia sedang dicas secara terus (menggunakan talian elektrik),” ujar pengguna lain.

Baca Lagi:
Dilarang guna gas memasak untuk jemaah haji
Selama hidup baru tahu kenapa menara tangki air dibina tinggi, rupanya ini sebabnya
Apa sebenarnya yang berlaku?, bumi Afrika akan terbelah dua
CATEGORIES