Mondy Tattoo dedah perangai sebenar Ebit Lew hingga menangis dalam pelukan isteri Caprice. ondy Tatto memaklumkan dia bakal mendedahkan cerita sebenar tentang bantuan yang dihulurkan oleh Ebit Lew kepada dirinya sebelum ini.
Ibu tunggal dari Indonesia itu berkata demikian di dalam sebuah podcast khas kendalian Caprice.
Caprice mendedahkan hasrat wanita yang berasal dari Indonesia itu menerusi satu hantaran di Instagram bahawa bual bicara tersebut akan dimuat naik di laman YouTube.
“Punya lah seram dan sedih, temu bual bersama Mondy akan keluar tidak lama lagi,” katanya.
Moondy juga dilihat berpelukan dengan isteri Caprice kerana terlalu sedih.
View this post on Instagram
Sebelum ini, wanita tersebut telah menjadi tular lagi setelah beberapa klip video di TikTok menunjukkan Mondy kembali ‘free hair’ dan hanya mengenakan topi serta memakai baju berlengan pendek.
View this post on Instagram
Mondy mendapat kecaman hebat kerana dilihat tidak bertudung dan berjubah seperti ketika berada di Malaysia semasa dibawah ‘jagaan’ Ebit.
Hantaran tersebut ternyata menarik perhatian ramai sehingga ada tidak sabar menanti pendedahan yang bakal dibuat wanita itu.
“Fuh, cerita sebenar akan terbongkar, terbaik Cap,” kata Syazwan.
“Apa yang dah jadi, terlalu banyak berita yang berlaku pada minggu ini,” komen Naqiah Rahim.