MK K-Clique buat aksi gigit stereng, ramai gadis berhajat nak jadi stereng kereta

MK K-Clique buat aksi gigit stereng, ramai gadis berhajat nak jadi stereng kereta

MK K-Clique buat aksi gigit stereng, ramai gadis berhajat nak jadi stereng kereta. MK K-Clique baru-baru ini berkongsi sebuah video TikTok yang membuatkan ramai peminatnya tergoda.

Mana tidaknya, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 26, mempamerkan aksi mengigit stereng keretanya, membuatkan ramai peminat wanita terpikat.

Dalam video sama, MK turut menyanyikan lagu terbaharu milik Aliph Swipe sebelum melakukan aksi di luar jangkaan ramai iaitu mengigit stereng keretanya.

MK K-Clique buat aksi gigit stereng, ramai gadis berhajat nak jadi stereng kereta

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan pelbagai reaksi termasuk komen lucu khususnya dari kaum wanita. Ada juga yang memuji gigi penyanyi ini kerana dikatakan sangat cantik.

“Pertama kali cita-cita ingin menjadi stereng,” seloroh peminatnya.

“Rasa nak menjadi stereng keretalah selepas ini,” komen netizen.

“Kacaknya MK, semakin hari semakin banyak pula videonya yang membuatkan ramai tersenyum seorang diri,” kata seorang pengikutnya

@mk.kc302Baby, aku ada type 🍑♬ Calm Down – Rema

Baca Lagi:
Pelanggan minta nasi lemak lauk macam-macam, tapi mahu bayar 50sen je.. Akhirnya ini yang terjadi kepada penjual nasi lemak
Lebih 40,000 peniaga burger di Malaysia bakal gulung tikar
Pam nozel minyak laju-laju akan kurangkan minyak masuk tangki? Ini penjelasan Pakcik Shell
CATEGORIES