Mizz Nina bekas isteri Noh Salleh kini jadi isteri penyanyi rap Amerika Syarikat

Mizz Nina bekas isteri Noh Salleh kini jadi isteri penyanyi rap Amerika Syarikat

Mizz Nina bekas isteri Noh Salleh kini jadi isteri penyanyi rap Amerika Syarikat. Kurang setahun bercerai, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina mengumumkan telah bernikah dengan penyanyi rap Amerika Syarikat dikenali sebagai Essam Muhammad baru-baru ini.

Tanpa mendedahkan tarikh pernikahan, Mizz Nina atau nama penuhnya Shazrina Azman berkata, perkahwinannya dengan Essam mendapat restu ibu bapa selain diadakan dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat.

Mizz Nina bekas isteri Noh Salleh kini jadi isteri penyanyi rap Amerika Syarikat

“Saya sudah bernikah pada suku kedua tahun 2023 dengan suami tercinta, Essam Muhammad dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat.

“Allah SWT sebaik-baik perancang. Dengan restu daripada kedua ibu bapa, kami kini melengkapi kehidupan masing-masing.

“Kami berdua berdedikasi dalam kehidupan ke arah dakwah, kongsi tujuan sama, aspirasi dan teruja untuk memulakan episod baru,” katanya dalam hantaran Instagram.

Berita gembira tersebut dikongsinya dalam Instagram dengan sebuah foto bersama Essam yang masing-masing dalam persalinan serba putih dipercayai diambil semasa hari pernikahannya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 43 tahun itu memaklumkan bakal mengadakan majlis resepsinya di ibu negara dalam masa terdekat.

“Insya-Allah, kami akan mengadakan majlis resepsi secara tertutup di Kuala Lumpur kelak.

“Kami sentiasa memanjatkan rasa syukur kepada Allah, keluarga dan kawan rapat.

“Sokongan, kasih sayang dan doa yang diberikan amat kami hargai,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, bekas suaminya, Noh Salleh yang juga vokalis kumpulan Hujan dilaporkan sudah bertunang dengan seorang peguam pada 7 Mei lalu dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada 23 September depan.

Terdahulu, pada Ogos tahun lalu, Nina mengejutkan ramai apabila mengesahkan sudah bercerai dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka bernikah pada 2 Julai 2011 namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Namun, pada Mac 2022, Nina dan Noh mengumumkan kehadiran anak angkat lelaki mereka yang diberi nama Musa.

Baca Lagi:
“Alhamdulillah, Aidiladha tahun ini amat bermakna”, 3 sahabat terlepas tali gantung
TESLA iklan cari pekerja, ini syarat permohonan
Ramai yang belum tahu, rupanya sijil kelahiran yang lama sudah tidak sah
CATEGORIES