Mitos apa pula ni?, Tesla minta pengguna hentikan guna tuala basah pada pemegang kabel pengecas

Photo of author

By Joe

Mitos apa pula ni?, Tesla minta pengguna hentikan guna tuala basah pada pemegang kabel pengecas. Terdapat pelbagai mitos mengenai penyelenggaraan kereta yang tersebar di alam siber. Antaranya yang sering kita dengar ialah memasukkan telur mentah ke dalam radiator kereta dikatakan mampu mengatasi masalah kebocoran.

Begitu juga, ada mitos yang mengatakan menyapu ubat gigi pada lampu kereta akan menjadikannya semakin bersih dan berkilauan. Kini, pemilik Tesla juga mempunyai mitos baharu yang agak popular, iaitu menggunakan tuala basah.

Ya, penggunaan tuala basah dikatakan dapat mempercepatkan proses pengecasan kereta mereka. Caranya ialah dengan membalut bahagian pemegang kabel pengecas menggunakan sehelai tuala basah. Kaedah ini dikatakan cukup berkesan pada hari yang panas.

Mitos apa pula ni?, Tesla minta pengguna hentikan guna tuala basah pada pemegang kabel pengecas

Seorang pemilik Tesla Model S yang berkongsi di teslamotorclub.com mendakwa bahawa keretanya sedang dicas pada kadar 60 kW sebelum beliau memutuskan untuk membalut pemegang kabel pengecas dengan tuala basah. Selepas itu, kadar pengecasan meningkat kepada 95 kW!

Adakah larangan ini disebabkan oleh air dan elektrik bukan pasangan yang baik? Tidak juga, kerana soket pengecas dan Supercharger memang direka kalis air. Rupa-rupanya Tesla mempunyai alasan tersendiri yang agak logik. Betul ke?

Menurut Tesla, meletakkan tuala basah pada bahagian pemegang kabel pengecas tidak akan meningkatkan kadar cas, tetapi ia boleh mengganggu sistem kawalan suhu pada Supercharger dan berpotensi merosakkannya.

Inside EV pula menyatakan bahawa taktik ini hanya berkesan pada Supercharger V2 sahaja. Ini kerana Supercharger V3 mempunyai sistem penyejuk dalaman pada pemegang kabel pengecas. Namun, kaedah ini masih tidak berguna untuk mengecas Cybertruck yang menggunakan sistem bateri 800 volt. Silap-silap, pemegang kabel pengecas boleh menjadi panas dan mengeluarkan asap.

Mitos apa pula ni?, Tesla minta pengguna hentikan guna tuala basah pada pemegang kabel pengecas

Haih, pelbagai taktik pemilik kereta sekarang. Abang ingat taktik meletakkan kain basah ini hanya berkesan pada meter TNB suatu ketika dahulu. Kononnya ia akan memperlahankan pusingan meter tersebut. Kini, rupanya pemilik Tesla yang kononnya kaya dan mewah pun turut memilih taktik yang sama.

Baca Lagi:
Kajian dedah Malaysia negara kedua terburuk dalam senarai pekerja tidak bahagia di Asia
‘Ini ke yang Allah sebut tiang Arash bergegar’- Diana Rafar kongsi detik dicerai oleh Zamarul Hisham
“Toleh belakang, janda tu dah separuh b*gel”- Lelaki mengaku terlanjur dengan kawan isteri yang tumpang bermalam di rumah