Misteri Ular berbulu hijau di temui di dalam paya. Tonton video..

Misteri Ular berbulu hijau di temui di dalam paya. Tonton video..

Misteri Ular berbulu hijau di temui di dalam paya. Tonton video..Seorang penduduk di wilayah Sakhon Nakhon, timur laut Thailand terkejut apabila menemui spesies ular berbulu hijau yang jarang ditemui berhampiran rumahnya pada bulan lepas, lapor laman berita Thaiger semalam.

Penduduk bernama Tu itu kini sedang menunggu pengesahan oleh pihak berkuasa untuk mengenal pasti spesies haiwan aneh itu. Menurut Tu, dia menemui haiwan itu di dalam paya kotor. Anak saudaranya memberitahu laman berita Yahoo News bahawa dia berpendapat penemuan tersebut boleh menjadi peluang yang baik untuk mendidik orang ramai.

Sementara itu, penduduk lain dilaporkan memberitahu media bahawa mereka percaya ular itu adalah ular air yang dikenali sebagai puff-faced water snake. Sekiranya benar, bulu-bulu dikatakan tumbuh pada badan haiwan itu ketika ia menunggu di celah-celah batu untuk menyerang mangsa.

Spesies itu kebanyakannya berwarna coklat gelap atau hitam yang sangat berbisa dan kebiasaannya ditemui di India, Bangladesh, Myanmar, Kemboja, Thailand, Malaysia dan Singapura dalam variasi berbeza.

Baca Lagi:

Tular video Stesen minyak Petronas terbakar berpunca dari kereta kancil

[Video] Menyedihkan! Penduduk terpaksa usung jenazah dalam air sungai sebab tiada jambatan

Ganjaran ribuan ringgit sesiapa yang terjumpa kucing kesayangan Rosyam Nor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *