Misteri pintu diketuk tengah malam, penduduk yakin bukan orang tapi ‘benda’ itu

Photo of author

By Joe

Misteri pintu diketuk tengah malam, penduduk yakin bukan orang tapi ‘benda’ itu. “Saya yakin ia bukan orang, tetapi ‘benda’ itu, walaupun hanya terdengar bunyi dan tidak nampak apa pun,” kata Nor Azrin Mohd Ladi.

Nor Azrin, 46, menceritakan kisah ketukan misteri yang didengarinya di rumahnya dekat Kampung Sungai Tengi Kanan Baroh di sini.

Kisah itu mendapat perhatian selepas Nor Azrin memuat naik video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari rumah jirannya di TikTok, yang meraih lebih 150,000 tontonan.

Misteri pintu diketuk tengah malam, penduduk yakin bukan orang tapi 'benda' itu

Bercerita lanjut, Nor Azrin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kampungnya, berkata kejadian itu berlaku pada 17 September lalu pada pukul 12.10 tengah malam.

Ketika itu, Nor Azrin berada di ruang tamu, manakala anak dan isterinya sudah tidur.

Misteri pintu diketuk tengah malam, penduduk yakin bukan orang tapi 'benda' itu

“Video yang saya kongsi itu menunjukkan suasana dan bunyi ketukan di rumah jiran. Rakaman itu diambil beberapa minit sebelum rumah saya mengalami gangguan yang sama.
“Waktu duduk di ruang tamu, saya mendengar dengan jelas bunyi ketukan di atas garaj dekat depan rumah.
“Bunyinya memang kuat sangat, dan selepas mendengar, saya terus buka tingkap untuk melihat, namun tiada apa di luar rumah.

“Jika itu dilakukan oleh seseorang, mustahil dia boleh hilang dengan cepat dalam beberapa saat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Nor Azrin, bukan hanya rumahnya, malah kediaman ibunya dan penduduk sekampung juga turut mengalami gangguan yang sama.

“Rupanya rumah emak di sebelah pun terkena, dan saya tahu selepas adik yang tinggal dengan emak bercerita bahawa dia juga terdengar bunyi ketukan pintu.

“Waktu itu, adik sedang menyiapkan makanan untuk anaknya di dapur tetapi terpaksa membatalkan niat selepas mendengar bunyi ketukan pintu yang kuat.

“Disebabkan takut, adik terus masuk bilik, dan keesokannya, saya menerima banyak mesej dalam kumpulan WhatsApp penduduk yang menceritakan mereka juga mengalami gangguan yang sama.

“Dalam 20 buah rumah juga terkesan, dan difahamkan ada beberapa penduduk kampung sebelah yang terkena, tetapi kebanyakannya tidak berani membuka pintu kerana takut,” katanya.

Menurut Nor Azrin, kejadian itu adalah pertama kali berlaku di kampungnya sejak dia menetap di situ kira-kira 46 tahun lalu.

“Sebelum ini, tidak pernah ada gangguan sebegitu, dan itu yang membuat saya serta penduduk lain merasa hairan.

“Selepas malam itu, tidak ada lagi bunyi ketukan yang saya dengar.

“Niat saya memuat naik video di TikTok sekadar ingin berkongsi pengalaman, dan saya tidak sangka ia meraih tontonan tinggi,” katanya.

Baca Lagi:
Penjual burger Ramly dedah berapa IshowSpeed bayar untuk burger special di gerainya
‘Kereta bergoyang di tempat parkir’- Petugas kesihatan wanita kantoi buat ‘projek’ dengan Ketua Pegawai Daerah
“Gaji dia negatif, nak makan pun pinjam duit saya”- Wanita tolak lamaran abang askar