Misteri masjid berusia 120 tahun muncul semula selepas tiga dekad tenggelam

Misteri masjid berusia 120 tahun muncul semula selepas tiga dekad tenggelam

Misteri masjid berusia 120 tahun muncul semula selepas tiga dekad tenggelam.

Sebuah masjid yang dipercayai tenggelam tiga dekad yang lalu dilaporkan muncul semula akibat kesan kemarau dan air yang semakin surut di Empangan Phulwaria di Bihar, Nawada, India, lapor media Kashmir pada Rabu.

Memetik The Express Tribune, orang ramai mendakwa nama masjid tersebut adalah Masjid Noori yang ditenggelami air selepas Empangan Phulwaria dibina pada tahun 1985.

Ketinggian masjid tersebut dari tanah hingga kibah atas dianggarkan kira-kira 30 kaki.

Misteri masjid berusia 120 tahun muncul semula selepas tiga dekad tenggelam

Menurut laporan, kemunculan masjid tersebut telah menimbulkan rasa ingin tahu dalam kalangan penduduk setempat dan ramai belia dilihat berpusu-pusu menuju ke kawasan tersebut untuk melihatnya.

Sebelum ini, mereka hanya dapat melihat air sahaja yang berada dalam takungan tersebut namun terkejut apabila mendapati sebuah masjid muncul dari dasar secara tiba-tiba. Belia di kawasan tersebut dilihat meredah lumpur dan selut untuk sampai ke tembok bangunan lama itu.

Difahamkan, orang ramai yang masuk ke dalam masjid tersebut terkejut melihat keadaan bangunan itu yang masih kukuh dan tidak ada sedikit pun kerosakan pada strukturnya walaupun telah tenggelam selama beberapa dekad .

Terdahulu, ketika air di empangan sedang mula surut dan sebahagian daripada kubah kelihatan, penduduk setempat masih belum dapat meneka objek sebenar kubah masjid tersebut. Kini, masjid tersebut sudah semakin jelas kelihatan apabila air semakin surut.

Menurut akhbar berita The Express Tribune, masjid ini telah wujud sebelum kerja-kerja pembinaan Empangan Phulwaria lagi yang bermula pada tahun 1979. Masjid tersebut dikatakan sudah tidak lagi digunakan sehingga pembinaan empangan itu siap.

Ramai yang mendakwa bahawa masjid ini telah dibina pada awal abad ke-20 juga dianggarkan telah berusia lebih kurang 120 tahun. Kesimpulan itu dibuat selepas melihat seni bina kubah masjid tersebut yang dilihat lebih tajam dibandingkan dengan kubah yang dibina pada zaman Mughal.

Baca Lagi:

”Jangan tunggang anak untuk raih simpati”- Netizen bandingkan kes rasuah Zizie Izette dengan akak curi milo

Bekas Ketua Cawangan Pas meninggal dunia ketika tunai solat Maghrib di masjid

Jambatan baharu hubungkan Malaysia – Indonesia (120 KM) akan dibangunkan

Leave a Reply

Your email address will not be published.