Misteri Laut Salish, pesisirnya sering ditemui kasut berisi tulang manusia

Misteri Laut Salish, pesisirnya sering ditemui kasut berisi tulang manusia

Misteri Laut Salish, pesisirnya sering ditemui kasut berisi tulang manusia. Laut Salish terletak di antara perairan British Columbia di Kanada dan Washington di Amerika Syarikat. Di sepanjang laut ini, terbentang beberapa buah pulau dan pantai yang indah.

Namun, lebih sedekad yang lalu, pernah berlaku kejadian aneh di pesisir laut ini. Puluhan kaki manusia tanpa anggota badan ditemukan di sepanjang garis pantai beberapa buah pulau di British Columbia, bandaraya Tacoma dan Seattle. Ada antara kaki-kaki itu dikenal pasti milik lelaki dan wanita, dan ada juga yang tidak diketahui kelamin pemiliknya.

Kali pertama kaki tanpa anggota badan itu dijumpai pada 20 Ogos 2007. Ia ditemui oleh seorang pelancong wanita dari Washington ketika berjalan-jalan di Pulau Jedediah.

Misteri Laut Salish, pesisirnya sering ditemui kasut berisi tulang manusia

Pada mulanya, wanita itu terlihat sebelah kasut terapung di atas air, lalu diambilnya. Apabila kasut itu dibuka, dia terkejut kerana menemukan rangka kaki manusia.

Hasil pemeriksaan menunjukkan kaki kanan itu merupakan milik seorang lelaki. Bersaiz 12 dan terbungkus dalam kasut sukan. Kasut itu pula jenis keluaran tahun 2003 dan hanya dijual di India. Pihak berkuasa mengaitkan kaki itu sebagai orang yang mengalami kemurungan sebelum membunuh diri di laut.

Sejak itu, berpuluh-puluh kasut pelbagai jenama berisi kaki manusia dijumpai di Laut Salish. Antaranya ialah kasut Reebook saiz 12 yang turut mengandungi kaki manusia yang terdampar di Pulau Gabriola, ditemui oleh sepasang suami isteri pada 26 Ogos 2007. Kasut tersebut dibuat pada tahun 2004 dan dijual di seluruh dunia terutama Amerika Utara.

Misteri Laut Salish, pesisirnya sering ditemui kasut berisi tulang manusia

Pada 8 Februari 2008, kaki ketiga pula dilaporkan dijumpai di Pulau Valdes. Kanan sebelah kanan itu mengenakan kasut jenama Nike dengan ukuran 11. Kasut jenis ini dijual di Kanada dan Amerika sekitar Februari 2003 hingga Jun 2003.

Hasil pengecaman, kaki tersebut merupakan milik seorang lelaki bernama Surrey, berusia 21 tahun yang telah dilaporkan hilang kira-kira empat tahun. Siasatan menunjukkan kematiannya tidak mencurigakan, berkemungkinan terlibat dalam kecelakaan atau bunuh diri. Kemudian, pada tahun yang sama pada bulan Jun, kaki kiri milik lelaki yang sama turut ditemukan di Pulau Westham.

Sebelum itu, pada 22 Mei 2008, penduduk Kanada dikejutkan lagi dengan penemuan kaki manusia di Pulau Kirkland, sebuah Fraser Delta antara Richmond dan Delta di British Columbia.

Kaki keempat ini dijumpai dalam keadaan memakai setokin dan kasut berjenama New Balance yang dikeluarkan pada tahun 1999. Hanya sekitar tahun 2011, barulah dapat dikenal pasti bahawa kasut sukan berwarna biru berisi kaki itu adalah seorang wanita yang terjun dari Jambatan Pattullo di New Westminster pada bulan April 2004.

Tidak habis di situ, pada 16 Jun 2008, satu lagi kaki manusia ditemukan di pantai berdekatan Pulau Westham. Kaki kelima ini dijumpai dalam keadaan mengembang – terapung di atas air oleh dua orang pejalan kaki. Kaki kiri tersebut disahkan seorang lelaki. Beberapa bulan kemudian, kaki kanan milik lelaki yang sama turut ditemui di Pulau Valdes.

Misteri Laut Salish, pesisirnya sering ditemui kasut berisi tulang manusia

Kejadian serupa terus berulang di mana pihak berkuasa mengesahkan menjumpai satu lagi kasut mengandungi kaki manusia di pantai berdekatan Pysht, Washington, pada 1 Ogos 2008. Setelah diperiksa, kaki kanan berkenaan mengandungi tulang dan daging – tersarung kemas dalam kasut sukan berwarna hitam, berukuran 11. Ini adalah kaki pertama ditemui di luar British Columbia.

Pada 11 November 2008, kaki kiri wanita dalam kasut turut dijumpai terapung di Sungai Fraser, Richmond, Kanada. Kemudian, pada 27 Oktober 2009, satu kaki sebelah kanan dalam ukuran lapan setengah, jenama Nike ditemui tidak jauh dari Sungai Fraser. Anggota badan itu dikenal pasti sebagai lelaki yang dilaporkan hilang pada bulan Januari 2008.

Pihak berkuasa AS turut mendedahkan menerima laporan penemuan kaki di Pulau Whidbey, Washington, pada 27 Ogos 2010. Melihat pada ukuran kasut, polis berandaian ia mungkin milik seorang wanita atau kanak-kanak.

Lebih kurang setahun selepas itu, pada 4 November 2011, kaki kanan lelaki bersaiz 12 dalam kasut but telah diangkat keluar Port Moody. Sekitar bulan Januari 2012, kaki ini disahkan milik seorang nelayan tempatan yang hilang pada 1987.

Penemuan kaki-kaki ini tidak terhenti setakat itu. Pada Disember 2011, ditemui tulang kaki manusia yang dibungkus dalam beg plastik hitam. Kemudian, sebuah but berisi tulang kaki pula ditemui pada Januari 2012.

Pada Mei 2014, ditemui kasut bersaiz 10 setengah yang juga berisi kaki manusia. Begitu juga pada Februari 2016, kaki manusia ditemui masih berstokin dalam satu kasut. Pasangan kaki kasut yang sama ditemui beberapa hari kemudian.

Beberapa kasut berisi kaki ditemui lagi pada Disember 2017, Mei 2018, September 2018. Terbaru, sebuah but berisi kaki ditemui pada Januari 2019 dan siasatan mendapati, ia milik seorang lelaki yang dilaporkan hilang pada Disember 2016.

Misteri Laut Salish, pesisirnya sering ditemui kasut berisi tulang manusia

Misteri Laut Salish, pesisirnya sering ditemui kasut berisi tulang manusia

Daripada siri penemuan tersebut, pihak berkuasa masih belum dapat menjelaskan hal sebenar tentang apa yang berlaku. Tambah menyukarkan, tiada anggota badan lain dijumpai selain hanya daripada kaki mangsa.

Namun, terdapat spekulasi awal menyatakan kaki-kaki yang tidak dapat dikesan pemiliknya itu mungkin adalah orang yang meninggal akibat kecelakaan bot atau pesawat terhempas di laut. Buktinya, setiap kaki yang dijumpai dilihat terputus secara semula jadi daripada bahagian badan tanpa paksaan atau dipotong dengan benda tajam.

Teori lain menyebut bahawa kaki-kaki itu ialah mangsa korban tsunami pada 26 Disember 2004. Pendapat ini diperkuatkan lagi dengan melihat kasut-kasut yang digunakan kebanyakannya berasal dari era tahun 2004. Pun begitu, mengapa di sekitar Laut Salish ini sering ditemui kasut-kasut berisi kaki manusia masih terus menimbulkan pelbagai persoalan sehingga sekarang.

Baca Lagi:
Persembahan pertama Zamani selepas pembedahan, bikin Aznil Nawawi menitis air mata
Siapa pinang Ogy?, majlis istimewa bakal diadakan minggu depan
Wanita sedih pernikahan dibatalkan, bakal suami dedah pihak perempuan minta geran rumah sebagai mas kahwin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *