Misteri kehilangan wanita terjawab, penduduk temui dalam perut ular sawa

Misteri kehilangan wanita terjawab, penduduk temui dalam perut ular sawa

Misteri kehilangan wanita terjawab, penduduk temui dalam perut ular sawa. Kehilangan seorang penoreh getah akhirnya terjawab apabila wanita itu ditemukan penduduk kampung di dalam perut ular sawa sepanjang enam meter (m), Isnin lalu.

Mangsa dikenali sebagai Zahara, 52, seorang penoreh getah tinggal di daerah Tanjung Jabung Barat, dilaporkan hilang sejak Ahad.

“Kami mencarinya di dalam hutan. Pagi ini (semalam) kami temui Zahara di dalam perut ular itu,” kata seorang penduduk Desa Terjun Gajah, melalui telefon.

Kompas melaporkan, kira-kira 300 penduduk mencari Zahara di kebun getah berkenaan.

Misteri kehilangan wanita terjawab, penduduk temui dalam perut ular sawa

Tetapi, pada mulanya, penduduk tidak menemui sebarang kesan untuk menunjukkan lokasi wanita berkenaan.

Keesokan paginya iaitu kira-kira 9 pagi semalam, penduduk menemui seekor ular sepanjang enam m.

“Ular itu berjaya ditangkap dan kemudian dibunuh penduduk. Mengesyaki perut (haiwan itu) besar, ia dibedah. Di (dalamnya), kami menemui mayat Zahara,” kata Birin.

Beliau berkata, keadaan penduduk kampung kini tegang.

Puncanya, ular yang ditangkap oleh penduduk adalah betina.

“Ular ini adalah betina kerana bentuknya yang pendek tapi besar. Seminggu lalu, ada penduduk yang menangkap ular yang lebih panjang iaitu kira-kira lapan m tetapi ia terlepas kerana (saiznya yang) besar. kata Birin.

Kini, penduduk kampung risau untuk berada di kawasan hutan kerana dipercayai ada ular yang lebih besar.

Penduduk percaya ular besar itu juga menelan dua ekor kambing milik penduduk.

Baca Lagi:
Dulu kawan selalu hina kebun kecil tapi mahu jadi jutawan, sekarang umur 23 dah boleh bayar gaji kalah menteri
8 tahun isteri sabar dengan perangai suami, duit belanja dapur hanya diberi RM20 seminggu termasuk duit poket anak sekolah
Ramai yang tak tahu punca sebenar P.Ramle jatuh miskin sebelum meninggal dunia
CATEGORIES