Misteri ‘kehilangan’ Ismail Sabri akhirnya terjawab

Misteri ‘kehilangan’ Ismail Sabri akhirnya terjawab

Misteri ‘kehilangan’ Ismail Sabri akhirnya terjawab. Misteri ‘kehilangan’ bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Taklimat Presiden Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 akhirnya terjawab apabila anak saudaranya dilaporkan sedang kritikal.

Menurut sumber, anak saudaranya dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Gombak dan kini ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Difahamkan, anak saudaranya juga merupakan seorang penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.

Misteri 'kehilangan' Ismail Sabri akhirnya terjawab

Sehubungan itu, Ismail Sabri tidak akan menghadiri majlis perasmian PAU yang akan berlangsung  di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Terdahulu Kosmo! melaporkan kelibat Ismail Sabri tidak kelihatan di pekarangan Dewan Merdeka bagi menghadiri taklimat tertutup Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bermula pada pukul 3 petang kemarin.

Perkara itu menjadi perhatian oleh kerana beliau juga merupakan Naib Presiden UMNO.

Baca Lagi:
Beruntungnya dapat majikan macam Sheila Rusly, tapi yang pelik, “mana bos mana bibik ni”
Wanita kesal diejek masa sekolah, sekarang semua yang pernah ejek cari semula
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof letak jawatan Pengerusi Boustead Holdings
CATEGORIES