Misteri kehilangan dua sahabat terjawab, dijumpai mati dalam MPV

ezgif 3 7e74d46922 e1654093065350

Misteri kehilangan dua sahabat terjawab, dijumpai mati dalam MPV.

Misteri kehilangan dua sahabat yang dilaporkan hilang di Kuala Selangor, 25 Mei lalu terbongkar dengan penemuan mayat mereka di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di parkir sebuah bangunan kediaman di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu menerusi orang awam yang menemukan mayat dalam MPV Toyota Alphard, 8.26 malam.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota Balai Polis Salak Selatan, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pergi ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Misteri kehilangan dua sahabat terjawab, dijumpai mati dalam MPV

“Hasil siasatan di lokasi menemui mayat seorang wanita tempatan di bahagian penumpang hadapan dan mayat seorang lelaki tempatan masing-masing berusia 19 tahun di bahagian penumpang belakang MPV berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhammad Idzam berkata, pihaknya dimaklumkan ada laporan polis dibuat mengenai kehilangan kedua-dua individu berkenaan oleh ibu bapa mereka di Kuala Selangor pada 25 Mei lalu.

“Pemeriksaan pada badan kedua-dua mayat itu serta lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Kedua-dua mayat terbabit dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras, untuk proses bedah siasat.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Ketua Polis Balai Salak Selatan, Inspektor Muhd Arfizan Ab Aziz di talian 019-9198729, Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Baca lagi: 

Kisah pemuda terhebat, pernah berhenti belajar, tapi jadi billionaire termuda di dunia

Kenapa orang tua lebih sensitif, cepat marah? Ini penjelasan pakar..

Ustaz Kazim dedah 6 orang sudah datang minta maaf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *