Misteri bau busuk terjawab, pelajar UPM ditemui mati di bilik asrama

Photo of author

By Joe

Misteri bau busuk terjawab, pelajar UPM ditemui mati di bilik asrama.

Misteri bau busuk dari sebuah bilik kolej kediaman terjawab apabila seorang pelajar sarjana tahun akhir Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, ditemui mati, malam tadi.

Mayat pelajar berusia 29 tahun itu ditemui hanya berseluar panjang dalam keadaan terlentang atas lantai bersebelahan katil di asrama penginapannya.

Ketua Polis Serdang, AA Anbalagan, berkata, polis menerima laporan daripada pusat kawalan UPM berhubung penemuan mayat pelajar itu di sebuah bilik di Blok L6, UPM Serdang, 7.52 malam.

Misteri bau busuk terjawab, pelajar UPM ditemui mati di bilik asrama

“Si mati adalah pelajar tahun akhir sarjana sastera, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dan dia tinggal berseorangan di bilik kolej kediaman itu.

“Ketika ditemui, polis mendapati pintu bilik dalam keadaan berkunci serta tingkap tertutup rapat. Barangan berharga seperti komputer riba dan telefon bimbit masih ada dalam bilik,” katanya menurut laporan Bernama.

Anbalagan berkata, polis masih menunggu laporan kimia untuk mengenal pasti punca kematian, namun setakat ini tiada unsur jenayah ditemukan, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan, kejadian disedari selepas seorang rakan mangsa datang ke bilik itu kerana sudah lama tidak bertemu dengannya pada 4.30 petang namun mendapati pintu bilik berkunci sebelum terhidu bau busuk.

Rakannya kemudian memaklumkan perkara itu kepada felo pelajar sebelum mereka bersama beberapa penuntut lain di kolej itu membuka pintu bilik menggunakan kunci pendua.

Baca lagi: 

Kematian yang dicemburui, jemaah surau menangis bila ‘Husain Gila’ meninggal

Detik terakhir banduan hukuman gantung sampai mati buat warden menangis

Ibu tikam anak sampai mati kerana cemburu rapat dengan kekasih bekas suami