Minyak ‘free’ setahun dari Petronas yang ramai tak tahu, ini caranya

Minyak ‘free’ setahun dari Petronas yang ramai tak tahu, ini caranya

Minyak ‘free’ setahun dari Petronas yang ramai tak tahu, ini caranya. Cuba bayangkan kalau korang dapat isi minyak setahun PERCUMA? Mesti best kan sebab boleh jimatkan banyak perbelanjaan setiap bulan.

Sebagai contoh, kalau sebulan korang peruntukkan RM250 untuk petrol sahaja, setahun dah boleh simpan sekitar RM2880. Untung banyak ni, siap boleh menyimpan untuk beli benda lain ni.

Dengar macam mustahil kan, tapi percayalah sebenarnya ada ja peluang untuk korang dapat ONE YEAR FREE FUEL.

Minyak 'free' setahun dari Petronas yang ramai tak tahu, ini caranya

Macam mana nak dapat ONE YEAR FREE FUEL?

Raikan Kegemilangan ni adalah sebuah kempen yang dianjurkan oleh Petronas untuk semua rakyat Malaysia, semua boleh join!

Sempena meraikan kegemilangan merdeka tahun ini, Petronas nak belanja isi minyak percuma selama setahun.

Ganjaran ini korang boleh dapat menerusi kempen Raikan Kegemilangan. Kempen ini menawarkan ONE YEAR FREE FUEL sebagai hadiah utama kepada 10 pemenang dan juga hadiah bulanan yang lain.

Minyak 'free' setahun dari Petronas yang ramai tak tahu, ini caranya

Menariknya, korang hanya perlu melakukan perbelanjaan minima RM10 sahaja untuk menyertai kempen ini.

Caranya mudah saja, korang kena buat salah satu transaksi ini

  • Belanja RM50 untuk minyak dalam satu transaksi
  • Belanja RM10 di Kedai Mesra dalam satu transaksi
  • Belanja RM10 untuk perkhidmatan melalui aplikasi Setel

Tak kiralah korang isi PETRONAS Primax 95 with Pro-Drive ke, PETRONAS Primax 97 with Pro- Race ke, mahupun PETRONAS Dynamic Diesel sekalipun.

Minyak 'free' setahun dari Petronas yang ramai tak tahu, ini caranya

Janji bila belanja tu, korang guna Setel atau swipe Kad Mesra. Tapiiii pastikan korang register dulu jadi ahli Mesra dekat Setel kalau belum!

Hadiah utama macam yang dah disebut tadi, korang berpeluang untuk memenangi isi minyak secara percuma 1 tahun untuk 10 pemenang bertuah.

Selain itu, hadiah bulanan iaitu RM100 Setel Voucher untuk 200 pemenang. Kemudian 1 Botol Syntium untuk 10 pemenang, 1 botol Sprinta untuk 10 pemenang dan RM250 PETRONAS Auto Expert Service Vouchers untuk 4 pemenang.

Minyak 'free' setahun dari Petronas yang ramai tak tahu, ini caranya

Amacam menarik tak? Dengan berbelanja minimum RM10 pun korang dah berpeluang menang minyak percuma setahun. Korang taknak ke?

Tarikh akhir penyertaan adalah pada Hari Malaysia ini bersamaan dengan 16 September. Jadi apa tunggu lagi, jom lah serbu Petronas untuk menjadi pemenang yang bertuah dan isi minyak percuma selama setahun.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen Raikan Kegemilangan ini, korang boleh klik ja link ni.

Baca Lagi:
Ustaz cair dengan kemanjaan ibu pelajar, sanggup cerai isteri kerana terlalu garang di rumah
Kecoh penduduk kampung gali semula kubur lelaki yang baru meninggal sebulan selepas dengar bunyi dentuman kuat dari dalam tanah
“Naik bulunya tahan sakit”, Nak hantar sihir pada tuan tapi kucing peliharaan kena dahulu
CATEGORIES