Minyak 1001 guna jadi kegilaan orang ramai, rupanya boleh buat sendiri guna 3 bahan ini je. Minyak pelbagai guna dianggap penting dalam kehidupan seharian kerana ia membantu melegakan kesakitan serta sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.
Seorang peniaga minyak 1,001 guna telah menjadi tumpuan apabila produk yang dijualnya mendapat sambutan di media sosial sejak kebelakangan ini.
Namun, ramai juga yang merungut kerana minyak tersebut sering kehabisan stok akibat permintaan yang tinggi dari pelanggan.
Susulan fenomena ini, timbul perkongsian yang menyatakan bahawa minyak viral ini boleh dibuat sendiri di rumah untuk digunakan oleh seisi keluarga.
Menerusi perkongsian Zuriaty Musa di TikTok, dia berkongsi resipi minyak urut homemade yang khusus untuk golongan anak kecil mahupun dewasa ketika menghadapi kecemasan.
Bahan-bahan:
1. Bawang putih
2. Lada hitam
3. Minyak
Cara-cara:
1. Bawang putih dan lada hitam ditumbuk sehingga lumat.
2. Masukkan minyak bidara atau minyak bunga matahari yang boleh didapati di pasaran dengan mudah.
3. Peram ketiga-tiga bahan tersebut selama satu malam sebelum diteruskan dengan proses seterusnya.
4. Tapis minyak menggunakan kain bersih untuk mengasingkan minyak yang diperam dengan bahan digunakan.
5. Simpan minyak di dalam botol supaya lebih mudah digunakan pada bila-bila masa.
Menurut Zuriaty, minyak yang dihasilkan ini boleh digunakan untuk mengurut seluruh badan termasuklah di belakang leher.
Selain itu, minyak urut ini juga boleh disapukan pada bahagian tapak kaki sebelum tidur sebagai ikhtiar untuk masalah sakit tumit.
@zuriaty_musa Resepi minyak urut homemade khas buat ibu ibu yang ada anak kecik atau pun utk kegunaan orang dewasa waktu2 kecemasan. Senang dan mudah buat banyak2 simpan dalam botol time nak guna terus ambik je #minyakurut #minyaksapu #minyakuruthomemade #ibumithali #kaktysukashare #tiktokguru ♬ original sound – Zuriaty | Bidara Penawar Sihir – Zuriaty | Tips Wanita Cantik