MetMalaysia keluar amaran : Hampir seluruh negara alami cuaca buruk malam ini

MetMalaysia keluar amaran : Hampir seluruh negara alami cuaca buruk malam ini

MetMalaysia keluar amaran : Hampir seluruh negara alami cuaca buruk malam ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir melibatkan 10 negeri pada malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebooknya berkata, penduduk di utara Semenanjung seperti Perlis, Kedah dan Perak dinasihatkan untuk terus berjaga-jaga ekoran cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Selain itu, hujan lebat serta ribut petir juga bakal melanda sekitar Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong.

“Di Selangor, cuaca buruk yang sama sedang tertumpu di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta keseluruhan Kuala Lumpur.

“Bagi Negeri Sembilan pula, ia melibatkan kawasan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau,” katanya di sini hari ini.

Tambah MetMalaysia, di Johor, antara daerah yang mengalami hujan lebat adalah Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Ia dijangka berterusan sehingga awal malam nanti,” ujarnya.

Sementara itu, MetMalaysia turut melaporkan keadaan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang bakal berlaku di negeri Kuantan, Pahang serta Sepang, Selangor sehingga pukul 9 malam hari ini.

“Cuaca buruk tersebut juga diramal melanda keseluruhan dan dua daerah lain di Negeri Sembilan seperti Jempol dan Tampin.

“Di Sabah, melibatkan bahagian sekitar Pedalaman (Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar),” katanya lagi.

Baca lagi:

Pavillion Kula Lumpur terbakar, ini punca kejadian

Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer

Isu Pensyarah hina golongan B40, Menteri minta UiTM beri penjelasan

 

CATEGORIES