Mesyuarat MKT UMNO malam ini jadi tumpuan selepas ‘TOP 5’ Umno bertemu petang tadi

Mesyuarat MKT UMNO malam ini jadi tumpuan selepas ‘TOP 5’ Umno bertemu petang tadi

Mesyuarat MKT UMNO malam ini jadi tumpuan selepas ‘TOP 5’ Umno bertemu petang tadi. Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang akan berlangsung di ibu pejabat parti itu malam ini menjadi tumpuan ramai pihak.

Ramai menjangkakan isu berkenaan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan turut dimasukkan sebagai satu daripada agenda utama perbincangan.

Mesyuarat MKT UMNO dijangka bermula pada pukul 8 malam ini selepas mesyuarat pengurusan parti dan biro politik terlebih dahulu diadakan petang tadi.

Mesyuarat MKT UMNO malam ini jadi tumpuan selepas 'TOP 5' Umno bertemu petang tadi

Mesyuarat lima pemimpin tertinggi UMNO atau disebut sebagai “Top 5″ juga telah mengadakan perbincangan sekitar pukul 3 petang.

Mesyuarat berkenaan dihadiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohammad Hasan.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Naib Presiden parti bersama Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Baca Lagi:
Kenapa orang Cina pandai bisnes? Ini 10 rahsia orang Cina bina kekayaan
Keluarga ejen kosmetik terkejut masih tak percaya diselamatkan, ini sebabnya..
Akhirnya Ejen kosmetik berjaya diselamatkan, polis beritahu bagaimana dia ditemui
CATEGORIES