Mesyuarat Majlis Tertinggi PN tolak permohonan kemasukan PEJUANG

Mesyuarat Majlis Tertinggi PN tolak permohonan kemasukan PEJUANG

Mesyuarat Majlis Tertinggi PN tolak permohonan kemasukan PEJUANG. Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) membuat keputusan menolak permohonan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) sebagai sebahagian parti komponennya.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berlangsung semalam.

“Majlis Tertinggi sudah membuat keputusan menolak permohonan kemasukan Parti Pejuang Tanah Air ke PN.
“Selain itu, Majlis Tertinggi juga membuat ketetapan mengekalkan penggunaan lambang PN dalam Pilihan Raya Negeri Kedah, Selangor, Pulau Pinang serta Negeri Sembilan dan menggunakan lambang parti PAS di Kelantan serta Terengganu.
“Sehubungan itu, jentera pilihan raya di enam negeri berkenaan diarahkan supaya memperkukuhkan persiapan dan kesiapsiagaan di tahap tertinggi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mesyuarat Majlis Tertinggi PN tolak permohonan kemasukan PEJUANG

Mesyuarat terbabit dihadiri Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden GERAKAN, Senator Datuk Dr Dominic Lau dan semua wakil parti PN.

Sebelum ini, Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memaklumkan, pihaknya sudah mengutuskan surat kepada Muhyiddin selaku Pengerusi PN supaya partinya diterima sebagai anggota komponen PN.

Beliau dilaporkan berkata, pertimbangan dibuat selepas pihaknya mendapati tidak memadai kerjasama pakatan pilihan raya diwujudkan hanya untuk mengelakkan pertindihan kerusi yang ditandingi terutama ketika perlu menggunakan lambang berasingan oleh kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, Hamzah memaklumkan MT turut mengumumkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PN manakala Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Sabah dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Wilayah Persekutuan.

Turut diputuskan pelantikan Mohamad Siddiq Mohd Azani dan Muhd Khidir Izaidin sebagai Penolong Setiausaha Eksekutif PN.

Baca Lagi:
Datuk Husam Musa dilantik sebagai Pengerusi SPNB
Ini cara semak wang tak dituntut di bawah nama anda
5 status di media sosial yang boleh buat anda masuk penjara
CATEGORIES