Mesyuarat kabinet Kerajaan Perpaduan, semua jemaah menteri tidak pakai tali leher

Mesyuarat kabinet Kerajaan Perpaduan, semua jemaah menteri tidak pakai tali leher

Mesyuarat kabinet Kerajaan Perpaduan, semua jemaah menteri tidak pakai tali leher. Mesyuarat kabinet Kerajaan Perpaduan yang berlangsung pagi ini tampil berbeza apabila jemaah menteri tidak mengenakan tali leher.

Ia menerusi foto yang dikongsikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di Twitter pada Rabu.

Turut kelihatan ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali juga tidak memakai tali leher seperti kebiasaannya.

Mesyuarat kabinet Kerajaan Perpaduan, semua jemaah menteri tidak pakai tali leher

Di dalam foto tersebut, kesemua menteri lelaki hanya memakai sut gelap yang dipadankan dengan kemeja rona cerah.

Sinar Harian difahamkan ia merupakan imej Anwar sejak dari dulu lagi dan beliau hanya akan pakai tali leher ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong dan sidang Parlimen.

“Sebenarnya bukan tali leher yang penting, tetapi paling utama bagi Anwar ialah sebuah kabinet itu benar-benar berfungsi dan beri tumpuan kepada rakyat sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Ditanya sama ada terdapat arahan dikeluarkan, beliau berkata, tiada sebarang arahan sebaliknya semua anggota kabinet dilihat mahu memperlihatkan imej yang sama dengan Perdana Menteri.

Pada hari pertama menjejakkan kaki ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri, Anwar lebih selesa menggayakan baju Melayu berwarna merah jambu lembut lengkap bercapal.

Keesokannya pula, beliau yang mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara selesa menggayakan baju batik berwarna ungu di kala penjawat awam lain lengkap mengenakan lounge suit.

Sementara ketika tampil di Kementerian Kewangan pada Selasa, beliau kekal dengan penampilan ringkas tidak memakai tali leher meskipun mengenakan sut pejabat.

Baca Lagi:
Wanita bertudung tawar diri jadi isteri no 2 dan nak bagi zuriat, Izzue Islam mohon jaga hati isteri
Wanita kebas wang dana Pesatuan Ragbi Malaysia (KRM) hampir 2 juta
Buah paling mahal di dunia, harga dia boleh beli sebuah rumah
CATEGORIES