Meremang bulu roma! Viral video cikgu bersihkan rambut pelajar perempuan penuh dengan kutu

kisah guru yang terpaksa memotong rambut anak muridnya dan membantu membuang kutu tuai pujian dari warganet 1 43 e1662046801254

Meremang bulu roma! Viral video cikgu bersihkan rambut pelajar perempuan penuh dengan kutu.

Seorang guru tular di media sosial Indonesia apabila memuat naik klip video memaparkan dia memotong rambut dan membersihkan kepala pelajarnya yang dipenuhi kutu, lapor laman berita Wolipop.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @zeraazzahra.

Guru bernama Zera itu membawa seorang pelajar perempuan ke luar kelas. Dia meminta pelajar tersebut duduk sambil rambutnya digunting sedikit demi sedikit.

Macam ulat!! Viral aksi cikgu bersihkan rambut pelajar perempuan yang dipenuhi kutu

Zera kemudian meminta seorang guru lain membantu menyikat rambut pelajar itu. Sementara itu, dia bertanya kepada pelajar berkenaan sama ada ibunya tau rambutnya dipenuhi kutu.

“Tahu cikgu, tapi ibu sentiasa sibuk bekerja,” jawab gadis itu.

Menurut Zera, pelajar itu memakai tudung setiap hari di sekolah sehingga menyebabkan rambutnya menjadi lembap dan kutu itu semakin membiak.

Apabila disikat, banyak kutu kelihatan gugur di atas alas yang dihampar manakala ada yang masih hidup. Zera berkata, ini kali pertama dia mengendalikan pelajar yang mempunyai banyak kutu di rambutnya.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Jarang-jarang cikgu sudi beri perhatian kepada pelajar begini, semoga sihat selalu cikgu,” komen seorang netizen.

@zeraazzahraSemangat anak cantik ,,, bu guru pantau terus sampai kamu bebas kutu🤗♬ Ojo Di Bandingke – Denny Caknan

Baca lagi:

Dakwaan nama Najib tiada dalam pangkalan data Jabatan Penjara, ini jawapan Menteri Dalam Negeri

Ngeri ! Video pelajar sekolah parah dirempuh motosikal di garisan kuning depan sekolah

Pelajar tahun enam maut disambar petir ketika berbual guna telefon bimbit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *