“Meremang bulu roma”- Razak Ahmad kongsi cara berlagu dalam azan dipuji netizen. Pelakon berpengalaman, Razak Ahmad menarik perhatian apabila menyertai sesi podcast bersama saluran YouTube, Raksasa Manja.
Melalui hantaran yang dimuat naik di TikTok, Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad berkongsi ilmu mengenai lagu-lagu yang digunakan oleh muazzin untuk melantunkan azan.
Menurut Razak, melagukan azan adalah sangat penting kerana tujuannya adalah untuk mengajak umat Islam menunaikan solat.
“Ini adalah sedikit ilmu yang saya miliki, yang Allah pinjamkan kepada saya. Saya sangat gembira apabila berbicara tentang azan kerana saya mempunyai sedikit pengetahuan mengenai lagu-lagu yang digunakan,” katanya.
Beliau menekankan bahawa laungan azan perlu dilakukan dengan baik, dengan lagu dan makhraj yang sempurna, untuk memenuhi tujuannya yang suci untuk memanggil umat Islam untuk solat.
Yang menarik perhatian adalah cara Razak melantunkan azan ketika dalam sesi podcast tersebut, yang sangat lembut dan merdu sehingga pengacara podcast itu mengaku meremang ketika mendengarnya.
Video tersebut menjadi viral dan menarik perhatian ramai, dengan banyak warganet bersetuju dengan pandangan Razak mengenai azan.
Di ruang komen, netizen juga terkagum-kagum dengan cara Razak melantunkan azan dan memuji keindahan suara pelakon berusia 61 tahun itu.
@mr_bon888 Antara Lagu dalam Azan #RazakAhmad #RaksasaManja #Azan #Seniman #penyanyi ♬ Very Sad – Enchan