“Meremang bulu roma”- Dulu meriah dengan manusia, sekarang kampung ini dihuni penuh patung menyerupai manusia

Photo of author

By Joe

“Meremang bulu roma”- Dulu meriah dengan manusia, sekarang kampung ini dihuni penuh patung menyerupai manusia. Jepun dikenali dengan kebersihan dan kecanggihan teknologinya, menarik para pelancong dengan kawasan bandar yang cantik dan maju.

Namun, pengalaman unik dialami oleh seorang lelaki ini ketika melawat sebuah kampung di Jepun yang hanya dihuni oleh ‘manusia buatan’.
Dulu meriah dengan manusia, kini hanya dihuni oleh patung-patung tanpa nyawa

"Meremang bulu roma"- Dulu meriah dengan manusia, sekarang kampung ini dihuni penuh patung menyerupai manusia

Menerusi video yang dikongsi oleh @addamshahh yang menetap di Jepun, kampung Kakashi dahulunya hidup dengan kehadiran sekumpulan besar orang tua.

“Sejujurnya, apabila saya masuk ke dalam kampung ini, saya rasa sedikit seram dan menakutkan.

“Kampung ini dulunya ramai dengan orang-orang, tetapi kini hanya didiami oleh patung-patung buatan yang dicipta oleh Ayano Tsukimi, seorang penduduk asal kampung ini.

“Dia pergi ke Osaka untuk bekerja dan selepas bersara, dia kembali dan memutuskan untuk membuat patung-patung ini, mungkin untuk menemani dirinya,” katanya.

@addamshahh Kampung Kakashi, Tokushima #fyp #fypシ #japanstudy #kisahjepun #jelajahjepunbersamaSA ♬ bunyi asal – anakmelayudibumijepun

Baca Lagi:
Sambut hari jadi bertukar tragedi, pelajar maut terkena renjatan elektrik selepas dicampak ke dalam kolam oleh rakan
“Anak boleh tolong cari anak makcik?”
Anak kena kad merah, bapa mengamuk bawa batang besi nak pukul pengadil