Mereka semakin berani! Kakitangan kerajaan disamun 3 warga Indonesia bersenjata

Mereka semakin berani! Kakitangan kerajaan disamun 3 warga Indonesia bersenjata

Mereka semakin berani! Kakitangan kerajaan disamun 3 warga Indonesia bersenjata.

Sebuah keluarga disamun tiga lelaki disyaki warga Indonesia bersenjatakan parang ketika tidur di kuarters kerajaan di Presint 11, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian berlaku jam 3.30 pagi membabitkan kakitangan awam yang tinggal bersama isteri dan tiga anak berusia antara 9 hingga 22 tahun.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa dan isteri tersedar apabila lampu bilik tidur dinyalakan dan mendapati tiga lelaki berada di bilik tidur.

Mereka semakin berani! Kakitangan kerajaan disamun 3 warga Indonesia bersenjata

Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz

Katanya, seorang suspek memegang sebilah parang dan kesemuanya memakai pakaian gelap serta memakai penutup muka ski.

“Suspek mengikat pasangan suami isteri itu menggunakan tali dan menyelongkar bilik tidur sebelum melarikan barang kemas dan jam tangan berjenama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Antara barangan yang dilarikan adalah dua utas gelang tangan, sebentuk cincin emas, seutas rantai leher, 20 utas jam tangan dan wang tunai RM2,000 dengan kerugian dianggarkan berjumlah RM41,000.

Asmadi berkata, selepas ketiga-tiga suspek meninggalkan kediaman, mangsa keluar dari rumah dan terjumpa anggota polis yang sedang membuat rondaan lalu memaklumkan kejadian.

Menurutnya, anggota MPV menghubungi IPD Putrajaya bagi mendapatkan bantuan dan pemeriksaan mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman itu termasuk kawasan berhampiran serta laluan utama jalan.

Katanya, suspek dipercayai masuk melalui pintu gelongsor memandangkan pintu itu dalam keadaan terbuka apabila pengadu turun untuk membuat pemeriksaan.

“Polis masih menjalankan siasatan dengan bantuan unit forensik dan anjing pengesan manakala Op Tutup dijalankan sebaik kejadian bagi mengesan suspek,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK).

Baca Lagi:

Tular rakaman CCTV usahawan kosmetik dilarikan 3 lelaki depan pintu rumah

5 perkahwinan selebriti Malaysia yang termahal, no 4 fuhh ‘sampai RM30 juta!’

Kesilapan kira tahun dari pihak penjara, bekas banduan dipanggil semula habiskan sisa hukuman

CATEGORIES