Mercedes S600 dipesan PM yang dulu sempat dibatalkan – Anwar

Mercedes S600 dipesan PM yang dulu sempat dibatalkan – Anwar

Mercedes S600 dipesan PM yang dulu sempat dibatalkan – Anwar. Tempahan kereta jenis Mercedes S600, yang dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum ini, sempat dibatalkan.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata, pihaknya sudah membuat semakan terperinci dan mendapati tempahan kereta mewah untuk kegunaan Perdana Menteri itu boleh dibatalkan.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengakui lebih selesa dengan hanya menggunakan kereta jenis Toyota Camry bagi semua urusannya.

Mercedes S600 dipesan PM yang dulu sempat dibatalkan - Anwar

“Kereta Mercedes tak sampai…saya pakai kereta ini (Toyota Camry) okay kan? Mana-mana kereta yang ada.

“Sebenarnya, ia (Mercedes) dipesan oleh Perdana Menteri yang lalu tapi saya semak, tengok boleh tak batal. Sempat batal,” katanya kepada media sebelum beliau meninggalkan ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya, hari ini.

Terdahulu, Anwar yang merupakan Presiden PKR mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, yang turut dihadiri pemimpin utama PH, antaranya Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Semalam, Anwar membuat hantaran di Facebook miliknya, mengakui menolak menggunakan kereta jenis Mercedes S600, yang dibeli dan diperoleh JPM sebelum beliau memasuki pejabat.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, langkah itu diambil kerana beliau tidak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya.

Baca Lagi:
Bukan sahaja Anwar, Ismail Sabri pernah tolak guna kereta kalis peluru kerajaan
Pegawai Muhyiddin dedah perkara sebenar kenapa Agong tolak jadi Perdana Menteri ke 10
‘Shuib ada ciri lelaki idaman saya’
CATEGORIES