Merayu diberi makanan, polis dedah identiti pelancong asing pegang kadbod sebenarnya bukan calang-calang

Merayu diberi makanan, polis dedah identiti pelancong asing pegang kadbod sebenarnya bukan calang-calang

Merayu diberi makanan, polis dedah identiti pelancong asing pegang kadbod sebenarnya bukan calang-calang.

Kisah seorang lelaki memegang kadbod yang tertulis;

” I can’t go home and have no money I need a food (Saya tidak boleh pulang dan tiada wang. Saya perlukan makanan”.

Difahamkan pelancong asing tersebut duduk di luar premis restoran makanan segera di sini sambil memohon bantuan makanan dari orang ramai selepas terkandas di negara ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah sebaik ia tular di media sosial, ramai yang bersimpati dengan nasib lelaki tersebut meskipun tidak mengenali latar belakangnya.

Kisah tersebut telah mendapat pehatian pihak polis Temerloh yang pergi mencari lelaki terbabit. Pihak polis turut mendedahkan siapa identiti lelaki ‘mat saleh’ itu.

Polis dedahkan identiti lelaki itu

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, lelaki berusia 42 tahun itu yang berasal dari Moscow, Rusia ditemui berlegar-legar di hadapan Pasaraya TMJ Temerloh kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Lelaki itu adalah seorang jurutera kargo dari Rusia dan diselamatkan oleh polis Temerloh selepas dia ditemukan berkeliaran sambil mengadu memerlukan makanan di hadapan sebuah restoran makanan segera di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati lelaki tersebut telah memasuki negara ini melalui sempadan Thailand-Malaysia (Bukit Kayu Hitam) pada 17 Mac lalu.

” Jurutera tersebut merupakan seorang backpackers yang datang ke negara ini dengan tujuan melancong. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu, dia berada di Kuantan.

” Kemudian dia berusaha untuk pulang ke Rusia namun tiket penerbangannya dibatalkan dan telah gagal menghubungi dua rakannya,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dipercayai menumpang sebuah lori, warga Rusia itu kemudiannya telah diturunkan di Temerloh oleh sebuah lori yang sedang dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur semalam, sebelum pihak polis menemuinya hari ini di bandar tersebut.

Gambar lelaki itu yang memegang potongan kotak yang tertulis “I can’t go home and have no money. I need a food (Saya tidak boleh pulang dan tiada duit (saya lapar) di hadapan sebuah restoran segera di bandar itu kemudian tular.

Gambar berkenaan dimuatnaik di Facebook oleh seorang pemilik akaun media sosial lalu menarik perhatian netizen.

Merayu diberi makanan, polis dedah identiti pelancong asing pegang kadbod sebenarnya bukan calang-calang

Turut dibawa ke klinik untuk ujian saringan

Sementara itu, Mohd Yusri memberitahu, lelaki tersebut kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Lalang untuk menjalani saringan kesihatan berhubung koronavirus (COVlD-I9) dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Temerloh untuk tindakan lanjut.

” Pihak kedutaan Rusia telah dihubungi dan kini pihak polis sedang berusaha menguruskan penghantaran lelaki itu kepada pihak kedutaan di Kuala Lumpur sebelum dihantar pulang ke negara asal,” katanya.

Dalam pada itu , netizen mencadangkan agar lelaki itu dibawa ke balai polis seterusnya ke pihak kedutaan agar dia dapat dihantar pulang ke negara asalnya.

Rata-rata mereka juga meluahkan rasa kasihan melihat lelaki itu duduk seorang diri berkemungkian sedang menahan lapar.

Sementara itu seorang pekerja restoran berkenaan berkata, ini adalah kali pertama dia melihat kelibat lelaki berkenaan di hadapan restoran itu.

” Sebelum ini kami tidak pernah nampak, tapi sekarang dia sudah tiada dan sudah berjalan pergi,” katanya.

Baca Lagi:

Suara sebenar Paderi Firaun kini boleh didengari, sangat menyeramkan!

Ini sebab kenapa niaga tak laku, jangan salahkan netizen tak support kau!

Lelaki pukul dua perompak sampai mati, didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh

CATEGORIES