Mentua buat anak aku macam anak kucing, aku lahir anak kembar 3 disuruh bagi 1 dekat kakak ipar. Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok seorang wanita berkongsi kisah sedih apabila dia diminta menyerahkan salah seorang anaknya kepada kakak iparnya.
Menerusi hantaran di TikTok @meingl, difahamkan bahawa bulan lalu wanita tersebut baru selesai melahirkan dan dikurniakan anak kembar tiga. Dalam pada itu, dikatakan kakak iparnya sudah lama berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak.
Apa yang mengejutkan ialah ibu mentuanya meminta supaya dia menyerahkan salah seorang bayi kepada kakak iparnya dengan alasan bahawa dia masih mempunyai dua orang bayi lagi.
Walau bagaimanapun, suaminya bertegas dan tidak menerima cadangan ibunya itu.
Akibatnya, suaminya telah menerima pelbagai kutukan dan dia juga telah dipanggil ‘anak derhaka’ oleh ibunya sendiri.