Menteri Pengangkutan turun padang senyap-senyap, ramai yang tak perasan

Menteri Pengangkutan turun padang senyap-senyap, ramai yang tak perasan

Menteri Pengangkutan turun padang senyap-senyap, ramai yang tak perasan. Tidak menunggu lama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memulakan tinjauan bagi menilai situasi sebenar perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya.

Dalam kemas kini di Facebook, Loke memaklumkan beliau membuat tinjauan itu sendirian semasa waktu puncak, antara jam 5 hingga 7 petang tadi.

Menerusi beberapa gambar yang turut dimuat naik, dapat dilihat kehadiran Loke yang hanya mengenakan kemeja kasual lengkap dengan topi dan pelitup muka, bukan sahaja tidak disedari orang awam, malah polis bantuan yang berada di stesen LRT berkenaan.

Menteri Pengangkutan turun padang senyap-senyap, ramai yang tak perasan

“Petang tadi, saya meluangkan masa 2 jam untuk meninjau keadaan sebenar perkhidmatan LRT KJ line semasa peak hour di antara pukul 5-7 petang.
“Keadaan cukup sesak dalam tren dan sudah tentu tidak selesa kepada penumpang.
“Saya tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan Prasarana dan pihak media kerana saya nak mengalami sendiri keadaan sebenar seperti penumpang-penumpang biasa untuk merasai apa yang mereka perlu lalui setiap hari,” tulisnya.

Di akhir hantaran itu, Loke memaklumkan akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana dalam minggu ini juga bagi membincangkan hala tuju dan cara untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam.

Baca Lagi:
Dakwaan LGBT: Anwar saman Razman
Pengasas Jamu Mak Dara meninggal dunia
Buah paling mahal di dunia, harga dia boleh beli sebuah rumah
CATEGORIES