Menteri dedah pemilik sebenar plat ‘FF 1’ termahal di Malaysia bernilai RM1.2 juta

Menteri dedah pemilik sebenar plat ‘FF 1’ termahal di Malaysia bernilai RM1.2 juta

Menteri dedah pemilik sebenar plat ‘FF 1’ termahal di Malaysia bernilai RM1.2 juta. Nombor pendaftaran plat kenderaan ‘FF 1’ sah menjadi milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan nilai bidaan RM1.2 juta.

Menerusi perkongsian Menteri Anthony Loke Siew Fook di laman Facebooknya, beliau telah menyerahkan sendiri plat kenderaan kepada Sultan Ibrahim .

Menteri dedah pemilik sebenar plat 'FF 1' termahal di Malaysia bernilai RM1.2 juta

“Pagi tadi, saya menghadap DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim untuk mempersembahkan secara simbolik nombor plat FF 1 kepada Tuanku yang merupakan pemilik nombor khas unik tersebut.

“Tuanku telah perkenan untuk membayar kepada kerajaan sebanyak RM1.2 juta untuk nombor khas tersebut.

Untuk rekod, bayaran RM1.2 juta merupakan nilai tertinggi yang pernah dikutip setakat ini oleh kerajaan untuk pendaftaran satu nombor plat kenderaan. Bayaran ini menjadikan jumlah kutipan hasil kerajaan untuk nombor siri FF meningkat ke RM35.4 juta,”tulisnya, memetik Kosmo!Online.

Baca Lagi:
Lengan anak ada kesan lebam selepas dengar bunyi tapak kaki pukul 3 pagi hingga Subuh di hotel Cameron Highland
9 tahun berumah tangga, isteri reda sign borang poligami untuk suami, sekali ini yang jadi pada majlis kenduri suami
Suami balas dendam kahwini isteri lelaki yang curang dengan isterinya
CATEGORIES