Menjelang Aidilfitri, Terengganu catu air tengah malam

ezgif 5 84220cf421

Menjelang Aidilfitri, Terengganu catu air tengah malam.

Sebanyak empat daerah di negeri ini terlibat dengan catuan bekalan air pada tengah malam bagi menampung keperluan yang meningkat menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu), Abdul Karim Endut berkata, pengguna akaun di beberapa kawasan di Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut dihentikan bekalan air bermula dari pukul 12 tengah malam hingga 4.30 pagi.

“Langkah menutup bekalan air secara berjadual itu akan memastikan paras tangki mencukupi untuk kegunaan yang bertambah pada waktu siang

Menjelang Aidilfitri, Terengganu catu air tengah malam

“Di Besut misalnya belum pernah berdepan kekurangan bekalan air tetapi kita membuat persediaan awal susulan jangkaan kepulangan ramai perantau kali ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Abdul Karim, penggunaan air di negeri ini dijangka meningkat 10 peratus sepanjang waktu puncak iaitu dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan itu, katanya, Satu akan menempatkan 86 tangki statik di lokasi-lokasi terpilih bagi mengelak kemeriahan sambutan rakyat penduduk terganggu akibat masalah bekalan air.

Beliau turut memberi jaminan masalah gangguan bekalan air yang lazimnya menimpa penduduk daerah ini tidak akan berlaku pada Syawal, kali ini dengan penambahan 28 juta liter air sehari (mld) menerusi pengoperasi loji baharu.

Baca lagi: 

Kes buli Sekolah Sukan Malaysia Gong Badak: 11 pelajar telah ditangkap

Sejarah tercipta di Bundesliga, pengadil izin pemain beragama Islam buka puasa

Tular video lelaki mengamuk menjerit marah setelah isteri hamil dipijak orang ramai

Leave a Reply

Your email address will not be published.