Menjana pendapatan RM600 sehari, lelaki ini hanya menjual kayu api

Menjana pendapatan RM600 sehari, lelaki ini hanya menjual kayu api

Menjana pendapatan RM600 sehari, lelaki ini hanya menjual kayu api.

Anak muda berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang ini menjalankan perniagaan juaIan ‘kambing golek’ dan menggunakan kayu api sejak awal 2021, untuk menggantikan arang.

Kisah Mohamad Ammar Sobri dengan perniagaan menjual kayu api Unggun By The Shepherd yang pada muIanya dibuat secara sampingan. “Sekadar mencuba, akhirnya membuahkan hasil yang tidak disangka.”

“Sebenarnya saya sendiri tidak pernah terfikir akan menjual kayu api ini. Asalnya mahu mencuba menu daging yang berasaskan saIai. Sebelum ini, kami menggunakan arang untuk bakar daging tapi kaIi ini kami cuba menggunakan kayu api.

Pada awalnya, beliau menjuaI kayu api sekadar untuk menampung pendapatan perniagaan ‘kambing perap dan golek’ yang sedikit terjejas akibat pan*demik C0VlDl9.

Beliau turut menjelaskan perbezaan daging smoked yang dihasilkannya berbeza dengan daging saIai yang biasa ada dalam pasaran.

“Jadi semasa tengah buat menu daging smoked, ada rakan yang tanya kenapa tidak tolong sediakan kayu api untuk orang yang minat dengan aktiviti perkhemahan dan juga mahu membuat barbeku (BBQ). Dari situ saya mula terfikir dan cuba peluang ini ditambah pula saya sekeluarga suka berkhemah,” katanya daIam wawancara di premis perniagaannya di Kajang, Selangor. baru-baru ini.

Menjana pendapatan RM600 sehari, lelaki ini hanya menjual kayu api

“Daging smoked menggunakan kayu api tetapi dimasak di dalam smoker brick atau dalam smoker offset antara 6 hingga 12 jam (bergantung kepada jenis daging) sehingga daging boleh dimakan terus berbanding daging salai yang perlu dimasak balik, sebagai contoh daging salai masak Iemak,” katanya.

Menurut Mohamad Ammar, 33, beliau kemudian membuat keputusan untuk menjadikan jualan kayu api sebagai satu lagi sumber pendapatannya selepas yakin ia mempunyai potensi dan mensasarkan goIongan yang gemar aktiviti perkhemahan serta sukar mendapatkan bahan bakar itu.

“Sekarang ramai yang suka aktiviti perkhemahan dan kebanyakannya tidak tahu cara untuk mendapatkan kayu api. Daripada situ saya terfikir mengapa saya tidak membekalkan kayu api yang mereka perIukan untuk aktiviti perkhemahan,” katanya.

Bermula daripada cetusan idea, kemudian lahirlah perniagaan menjual kayu api Unggun By The Shepherd. Untuk perniagaan ini, beliau mempunyai tiga orang pekerja untuk memotong kayu.

“Biasanya pekerja saya akan masuk di kawasan yang hendak dijadikan projek pembangunan semuIa. Contoh ada kebun getah yang perlu dibersihkan, dan kami akan bersihkan secara percuma dan pokok yang ditebang, kayunya kami ambil sebagai upah.

“Dalam hal ini, kami bekerjasama dengan pihak pemaju, dan kawasan yang dibersihkan adaIah untuk projek perumahan, ” jelas Mohammad Ammar, sambil menambah pihak bertumpu di kawasan sekitar Klang, Selangor.

“Kebanyakan kayu yang dijuaI adalah daripada pokok buah-buahan. Setiap kayu mempunyai kelebihan dan kekurangan. Terdapat dua jenis kategori kayu iaitu ringan atau kayu lembut dan kayu jenis keras.

Kesemua kayu yang dijuaI Mohamad Ammar kepada pelanggan adalah batang kayu dari pokok yang boleh ditanam semula seperti pokok rambutan, durian, getah, akasia, petai, cempedak, pokok bakau serta leban.

“Contoh kayu Iembut ialah kayu pokok getah dan durian. Manakala kayu keras dari pokok bakau, rambutan, cempedak dan leban. Kayu keras sangat sesuai untuk tahan bara, untuk memasak dan sangat sesuai untuk kegunaan perkhemahan,” katanya.

Kayu yang dijual mempunyai dua saiz, iaitu yang pendek, bersaiz 22.9 sentimeter sementara yang panjang, bersaiz 45.7 sentimeter. Setiap ikat mempunyai 17 batang kayu dengan harga bermula daripada RM20 hingga RM55, bergantung kepada jenis kayu.

Selain kayu api yang dijual kepada pelanggan, Mohamad Ammar turut menghasilkan papan pemotong yang diperbuat daripada kayu manggis, yang dijual dengan harga RMl00 satu.

Bercakap Ianjut mengenai pelanggannya, Mohamad Ammar berkata, selain mereka yang mencari kayu api bagi kegunaan aktiviti perkhemahan serta pengusaha tapak perkhemahan, terdapat juga pelanggan, yang kebanyakannya kaum Cina, mencari kayu untuk kegunaan hiasan.

Berkongsi pendapatannya dalam penjualan kayu itu, Mohamad Ammar berkata beliau mampu meraih antara RM400-RM600 sehari.

Menurut Mohamad Ammar, sehingga kini, masih ada yang tidak yakin dengan potensi perniagaan juaIan kayu api yang beIiau usahakan bersama isterinya, Noremilia Sharmila Nawawi, 33.

“Bila saya cakap saya juaI kayu api, ramai yang gelakkan saya. Soalan yang sering diajukan, apa dapat jual kayu api? Ada lagi ke orang di Kuala Lumpur hendak beli kayu api? Ternyata mereka silap. Sebenarnya di Kuala Lumpur masih ada golongan yang memang mencari kayu api.

“Jadi apa yang saya nampak perniagaan kayu api ini bukan semata-mata kayu api, banyak lagi boleh dilakukan, bergantung kepada apa yang boleh kita tawarkan kepada pelanggan,” katanya.

“Contoh, baru-baru ini datang lima orang peIanggan ke kedai saya mereka mencari kayu api untuk kegunaan majlis kenduri yang berkonsepkan rewang. Mereka perlu banyak kayu api. Selain itu ada juga yang baru berjinak dengan aktiviti perkhemahan. Kita akan kongsi kelebihan kayu yang sesuai digunakan,” katanya, sambil menambah, beliau memulakan perniagaan kayu api dengan modal hanya RM600 untuk membeli sebilah kapak jenama Fiskars yang berkualiti tinggi.

Di akhir wawancara, Mohamad Ammar menasihatkan anak muda yang mungkin melalui pengalaman pahit yang sama atau sebarang masalah, untuk bangkit dan tabah menerima sebarang ujian.

“Dengan keadaan yang kita lalui ini, jangan terlaIu memilih kerja, jangan cepat putus asa sebab kadang-kadang ada perkara yang datang itu, ia datang dengan ujian. Mesti bijak mencari peluang dan mencuba sesuatu yang baharu untuk diteroka.

“Disebalik ujian, insya-Allah ada ganjaran yang Allah SWT hendak beri yang mungkin mempunyai 1001 kelebihan,” jeIasnya.

Baca lagi: 

Rider luar negara ‘hentam’ Malaysia gagal baiki jalan berlubang

Pemilik Yamaha RXZ tawar ‘swap’ motosikal kesayangannya dengan Triton atau Hilux

Mantan Ketua Polis Negara berniaga jual sayur?

CATEGORIES