Menang pingat gansa, Lee Zii Jia, Aaron dan Wooi Yik bakal terima ganjaran kereta SUV & wang tunai RM100,000. Seperti yang diketahui umum, pemain badminton dan atlet kebanggaan negara, Lee Zii Jia, Aaron Chia, dan Soh Wooi Yik, telah berjaya meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024.
Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, bersama pasangan beregu dinamik Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, telah membuktikan kehebatan mereka dan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
Seperti yang diketahui umum, pemain badminton dan atlet kebanggaan negara, Lee Zii Jia, Aaron Chia, dan Soh Wooi Yik, telah berjaya meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024.
Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, bersama pasangan beregu dinamik Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, telah membuktikan kehebatan mereka dan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
Untuk meraikan kejayaan mereka, Chery Malaysia telah mengumumkan ganjaran istimewa untuk wira-wira Olimpik tersebut.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Chery Malaysia, mereka mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga pemain badminton negara itu atas kejayaan meraih pingat gangsa di Olimpik Paris 2024.
Sebagai tanda penghargaan, Chery Malaysia mengumumkan bahawa ketiga-tiga mereka akan menerima model SUV Chery Tiggo 7 Pro bernilai RM123,800 setiap seorang.
Ganjaran ini merupakan janji Chery Malaysia pada bulan Jun lalu untuk mengiktiraf usaha dan penat lelah para atlet negara yang berjuang untuk memenangi pingat di Olimpik Paris 2024 kali ini.
Pada masa yang sama, di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), pemenang pingat gangsa di Sukan Olimpik akan menerima wang tunai sebanyak RM100,000.
Selain itu, atlet juga akan menerima Skim Imbuhan Tetap Olimpik, yang diberikan secara bulanan sepanjang hayat, dengan pemenang gangsa menerima RM2,000 setiap bulan.
Dengan itu, ketiga-tiga atlet tersebut layak untuk menerima ganjaran wang tunai dan imbuhan daripada SHAKAM.
Anda semua memang layak mendapatkannya, rakyat Malaysia berbangga dengan anda bertiga!