“Memang betul-betul wujud!”- Bekas jurugambar dedah gambar sebenar UFO yang paling jelas dalam sejarah

Photo of author

By Joe

“Memang betul-betul wujud!”- Bekas jurugambar dedah gambar sebenar UFO yang paling jelas dalam sejarah. Seorang profesor dari Universiti Sheffield Hallam, yang juga merupakan bekas jurugambar akhbar, mendedahkan bahawa beliau telah menjumpai sekeping gambar yang diklaim sebagai ‘gambar UFO paling jelas’ yang pernah dirakam dalam sejarah.

Menurutnya, gambar yang juga dikenali sebagai ‘gambar Calvine’ telah hilang dan menjadi ‘legenda’ selama lebih dari tiga dekad. Gambar itu dikatakan ditangkap oleh dua orang pendaki gunung pada 4 Ogos 1990.

Profesor tersebut, Clarke, berkata beliau berjaya menjejaki Craig Lindsay, bekas ahli Tentera Udara Diraja Britain, yang telah menyimpan gambar tersebut.

"Memang betul-betul wujud!"- Bekas jurugambar dedah gambar sebenar UFO yang paling jelas dalam sejarah

Dalam gambar tersebut, terlihat dengan jelas sebuah piring terbang UFO yang dikepung rapat oleh sebuah jet pejuang.

Menurut laporan, gambar itu asalnya diserahkan kepada akhbar Daily Record di Scotland.

Namun, kemudian ia dipindahkan kepada Kementerian Pertahanan Britain dan dirahsiakan sehingga tahun 2022.

Walaupun ada bukti berupa gambar, dua orang pendaki gunung yang mengambil gambar tersebut tidak pernah diberi peluang untuk menceritakan pengalaman mereka.

Pada tahun 1990, kedua-dua pendaki itu bekerja sebagai juru masak di sebuah hotel.

Pada petang hari itu, mereka memutuskan untuk mendaki puncak Calvine dan berjaya mengambil gambar UFO tersebut.

Baca Lagi:
Negara kecil tapi miliki 333,204 jutawan
Abby Abadi muat naik video badan dah kurus, sekali Norman Hakim datang komen
Ustaz TikTok berjoget sebelum mula sesi mengaji al-Quran dikecam netizen