Memalukan ! 5 individu disyaki laku seks sejenis sampai tercirit dicekup polis

Memalukan ! 5 individu disyaki laku seks sejenis sampai tercirit dicekup polis

Memalukan ! 5 individu disyaki laku seks sejenis sampai tercirit dicekup polis.

Polis menahan lima lelaki yang disyaki mengambil dadah dan melakukan seks songsang dalam serbuan yang dilakukan ke atas sebuah kondominium mewah di Jalan Sultan Ismail, di sini, dalam serbuan semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, bertindak atas maklumat parti liar diadakan di kediaman tersebut, hasil pemeriksaan polis mendapat hanya lima lelaki yang berada di dalam rumah itu.

“Hasil soal siasat mereka mengaku telah terlibat dalam kegiatan dadah dan hubungan seks songsang atau sejenis apabila kita turut menjumpai dadah jenis syabu, kondom dan peralatan seks songsang dalam bilik mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Memalukan ! 5 individu disyaki laku seks sejenis sampai tercirit dicekup polis

Pereka grafik, tukang masak serta jurujual pusat membeli belah antara lima lelaki yang dicekup polis.

Tambah beliau, salah seorang daripada mereka menganggur manakala empat lagi suspek bekerja sebagai pereka grafik, tukang masak dan jurujual di pusat membeli-belah di ibu negara.

Menurut Mohamad Zainal, ketika serbuan ada antara suspek baru selesai beraksi serta kelihatan penat dan duduk di atas katil.

Katanya, kesemua individu berusia 31 hingga 42 tahun itu menyewa kondominium mewah itu pada harga RM400 sehari bagi tempoh 15 Jun hingga 26 Jun semata mata mengadakan seks sejenis, mengambil dadah dan mengadakan pesta liar.

“Mereka semua ada 10 orang yang bersepakat sewa unit kondominium untuk parti liar dan aktiviti songsang mereka, tetapi semasa serbuan polis hanya lima orang sahaja berada di rumah berkenaan,” ujarnya.

Mohamad Zainal berkata, kesemua suspek direman untuk disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis juga akan mengeluarkan kompaun ke atas kesemua suspek kerana mengingkar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Penuh dengan menganjurkan aktiviti sosial mengikut Akta 342 selepas siasatan polis narkotik selesai,” katanya.

BACA JUGA : 

‘Sabit’ makan tuan, lelaki maut terkena sabit sendiri ketika menyamun

Kejadian waktu Subuh penduduk tak suka dikejutkan azan Subuh, Bilal mati dibelasah orang ramai

Ibu-ibu desak Tadika pecat guru cantik ini punca ayah-ayah jadi rajin hantar dan ambil anak

CATEGORIES