Melancong merata tapi hutang tak bayar, keluarga jadi mangsa kena tanggung sampai kerjaya semua disekat

Melancong merata tapi hutang tak bayar, keluarga jadi mangsa kena tanggung sampai kerjaya semua disekat

Melancong merata tapi hutang tak bayar, keluarga jadi mangsa kena tanggung sampai kerjaya semua disekat. Bila bercakap pasal wang ni, memang ada la macam-macam masalah yang boleh dikaitkan. Kadang-kadang tu bukan sebab salah sendiri pun boleh menyebabkan kita ada masalah kewangan yang serius. Salah satu contohnya bila seseorang tu berada dalam situasi yang menyusahkan di mana diorang diminta untuk jadi penjamin bagi sesuatu pembiayaan bank.

Tambah-tambah lagi bila yang meminta pertolongan tu keluarga sendiri. Mesti sebelum diorang buat keputusan tu ada terlintas, “Nak tolak pelawaan tapi keluarga sendiri, loan dia tak bayar tapi melancong merata. Tak pasal2 orang lain kena tanggung sampai berisiko kerjaya kena sekat”. Haa, susah bukan kalau korang tersepit dalam situasi kritikal yang ni.

Mengikut statistik kes yang berlaku dalam Malaysia ni, kebiasaannya golongan yang sering menjadi penjamin semestinya adalah di dalam kalangan ahli keluarga sendiri. Kalau jadi penjamin, tak menyusahkan orang takpe. Ni sampai ahli keluarga sendiri yang terbeban.

Melancong merata tapi hutang tak bayar, keluarga jadi mangsa kena tanggung sampai kerjaya semua disekat

Selalunya, mereka ni bersetuju dengan menjadikan kesian dan rasa serba salah kalau tak bantu sebagai alasan. Tapi, tulah jadinya. Kita kesiankan orang tapi diri sendiri yang terpaksa tanggung risiko pada masa akan datang. Macam-macam ya keburukannya nanti.

Walau bagaimanapun, kitorang sebenarnya bukanlah berniat hendak menghalang atau pon nak menakut-nakutkan korang semua untuk menjadi penjamin. Terutama sekali untuk ahli keluarga atau rakan2 yang betul memerlukan bantuan. Lagi-lagi dari sudut kewangan. Tapi hanya untuk dedahkan beberapa risiko yang perlu diambil kira sebelum menjadi penjamin.

Antara risiko yang perlu difikirkan sebelum menjadi penjamin orang lain:

1. Korang boleh dikategorikan sebagai muflis.
2. Kerjaya korang di masa hadapan boleh disekat.
3. Korang mungkin tak berpeluang untuk membeli rumah.
4. Skor kredit akan rosak dan mengakibatkan korang tak boleh buat loan.
5. Tak boleh travel ke luar negara.
6. Aset sendiri boleh disita.

Korang tengok la sendiri. Memang dengan mengetahui risiko2 di atas ni je, sudah tentu ramai antara rakyat Malaysia ni terus jadi takut dan akan menolak untuk jadi penjamin.

Tapi, realiti kehidupan ni memang tak dapat disangkal lagi. Siapa je kan yang sampai hati tak nak tolong ahli keluarga sendiri tambah lagi bila korang sendiri ni jenis yang memang berkemampuan. Bak kata pepatah Melayu, “air dicincang tak kan putus”. Selalunya, bila ahli keluarga yang datang kepada kita meminta tolong pasti terdetik dalam hati nak tolong.

Untuk memudahkan kesulitan korang ni, sebenarnya ada je alternatif lebih baik yang boleh diambil. Selain menjadi penjamin, sebenarnya korang boleh membantu diorang ni dengan menasihati agar diorang ambil cara membuat pembiayaan di institusi bank yang tepat.

Kalau korang tak tahu, platform yang sebenarnya dimaksudkan adalah seperti MBSB Bank yang menawarkan beberapa pembiayaan. Sebagai contoh, seperti Pembiayaan Peribadi-i dan juga Pembiayaan Hartanah-i. Haa, menarik dan ada pelbagai jenis pembiayaan kan.

Melancong merata tapi hutang tak bayar, keluarga jadi mangsa kena tanggung sampai kerjaya semua disekat

Menariknya tentang pembiayaan di MBSB Bank ni adalah, ia tidak memerlukan penjamin jadi tidak akan berlaku masalah untuk diorang merisikokan dan menyusahkan orang lain.

Selain daripada itu, platform ini juga termasuk dengan korang boleh apply Pembiayaan Peribadi-i online. Untuk maklumat yang lebih banyak dan terperinci, korang boleh pergi sahaja ke Virtual Branch M JOURNEY di https://mjourney.mbsbbank.com/bm/home.html.

Virtual Branch MBSB Bank

Untuk korang yang mungkin lagi tak tahu, platform ini sebenarnya ialah salah satu perkhidmatan perbankan internet yang wujud dalam Malaysia ni. Yelah, sekarang kan semuanya boleh dibuat di hujung jari. Urusan perbankan pon haruslah lebih maju.

Platform ini juga telah menyediakan dua jenis urusan perbankan internet yang berbeza. Pertamanya ialah, M JOURNEY Individu yang membolehkan pelanggan individu MBSB Bank untuk membuat transaksi perbankan secara online je dengan selamat dan mudah. Keduanya, tak lain tak bukan M JOURNEY Korporat yang memudahkan pelanggan korporat MBSB Bank untuk melakukan transaksi online. Sebagai contoh dengan melindungi transaksi perniagaan apabila adanya penggunaan kawalan ‘had kelulusan’ dan juga pemprosesan data transaksi berkelompok. Ia menjimatkan lebih banyak masa. Selain itu, ada keselamatan dari segi penghantaran maklumat transaksi. Ia menggunakan perisian ‘Secured Socket Layer’ dan token ‘2FA Authentication’. Sangat la mudah ya jadinya.

Melancong merata tapi hutang tak bayar, keluarga jadi mangsa kena tanggung sampai kerjaya semua disekat

Dengan adanya Virtual Branch MBSB Bank ni, korang dah tak perlu bersusah payah ke bank untuk membuat sebarang urusan, sebaliknya boleh lakukan secara maya sahaja.

Bukan tu sahaja, banyak lagi kelebihan M JOURNEY yang korang boleh dapat. Antaranya:

1) Pengaktifan Kad Debit

Kalau dulu nak ada kad debit sendiri kena beratur panjang di bank. Tapi, dengan platform M JOURNEY ni korang boleh dengan mudahnya dapat mengaktifkan sendiri kad debit korang secara atas talian.

2) Pembukaan Akaun Simpanan-i atau Semasa-i secara dalam talian.

Akaun Simpanan-i ini membantu korang untuk membuat simpanan dan menabung untuk diri sendiri dengan lebih mudah. Akaun Semasa-i menerusi platform ini pula dapat memberi kemudahan dan ganjaran untuk korang.

3) Permohonan Pembiayaan Peribadi-i secara dalam talian.

Terdapat pelbagai pakej Pembiayaan Peribadi-i yang patuh Syariah korang boleh dapat melalui platform ini. Tambahan pula ia sesuai dengan keperluan pembiayaan korang.

4) Pengesanan portfolio kewangan

Korang lebih mudah untuk memahami portfolio kewangan korang sendiri.

Sebenarnya pelbagai lagi yang ditawarkan oleh Virtual Branch M JOURNEY dari MBSB Bank ini dan ianya sangat bersesuaian mengikut kehendak orang ramai. Sebagai contoh paling mudah, korang boleh membuat pembiayaan sama ada peribadi atau perumahan. Sekiranya korang mahukan maklumat lebih lanjut, terus layari pautan INI dengan kadar segera.

Baca Lagi:
Graduan dicekup berkhalwat sebelum majlis konvokesyen
Nelayan jumpa muntah paus seberat 30kg bernilai cecah RM5 juta, mahu bersara awal jadi nelayan
Manager dengki dengan pekerja perempuan sebab cantik dan pakai Honda, dipaksa buat OT seminggu
CATEGORIES