Mekanik ‘hot’ tidak peduli ajakan lelaki mata keranjang

Mekanik ‘hot’ tidak peduli ajakan lelaki mata keranjang

Seorang mekanik jelita di Filipina mendedahkan bahawa dia sering menjadi sasaran lelaki mata keranjang yang mengajaknya keluar temu janji ketika dia membaiki kenderaan mereka, lapor akhbar The Sun semalam.

Tantin Legaspi Meneses, 26, berkata, situasi tersebut bagaimanapun tidak pernah menggugatnya kerana dia memberi perhatian penuh kepada pekerjaannya.

“Ramai lelaki yang mengajak saya bersembang ketika saya sedang membaiki kenderaan mereka. Saya cuma ingin segera menyiapkan kerja tanpa sebarang gangguan.

Mekanik ‘hot’ tidak peduli ajakan lelaki mata keranjang
“Lama-kelamaan, saya hanya mengabaikan mereka. Saya tidak menjadi mekanik untuk lelaki atau bagi menarik perhatian sesiapa. Saya melakukannya untuk diri sendiri,” katanya.

Tambah model sambilan itu, dia sudah bekerja dalam bidang permotoran selama lebih 10 tahun dan mula berjinak-jinak ketika berusia 15 tahun.

“Ketika di sekolah menengah, saya memberitahu guru bahawa saya ingin menjadi seorang mekanik. Mereka menganggap saya sekadar berseloroh,” ujarnya.

Mekanik ‘hot’ tidak peduli ajakan lelaki mata keranjang

Bagaimanapun, Tantin kemudian menyambung pengajiannya dalam kursus automatif pada usia 19 tahun. Kini, dia menjadi mekanik di bengkel miliknya sendiri.

“Sebagai seorang model sambilan, saya perlu bersolek, menjadi cantik dan kelihatan glamor. Namun kemudiannya, tangan saya akan menjadi kotor dan tidak mandi.

“Fokus saya adalah untuk membaiki kereta dan saya amat sukakannya,” katanya.

Baca lagi: 

6 cara kurangkan sakit tekak yang boleh anda lakukan sendiri di rumah

Mulai 1 April solat berjemaah di Masjid dan Surau tiada lagi penjarakan fizikal

Bumi Malaysia diramal akan diliputi salji

CATEGORIES
TAGS