Media Filipina lapor lebih 200 buah kapal dari China mulai memenuhi perairan berhampiran Malaysia

Photo of author

By Joe

Media Filipina lapor lebih 200 buah kapal dari China mulai memenuhi perairan berhampiran Malaysia.Baru-baru ini, media Filipina melaporkan bahawa lebih 200 kapal China kini mula memenuhi perairan berhampiran Malaysia, menunjukkan peningkatan mendadak berbanding minggu sebelumnya yang mencatatkan 163 kapal di kawasan yang sama.

Terumbu Sabina atau Escoda Shoal mencatatkan kehadiran tertinggi, dengan 71 kapal, termasuk 53 kapal “militia maritim”, sembilan kapal tentera laut, dan sembilan kapal pengawal pantai China. Kehadiran kapal-kapal ini menimbulkan kebimbangan kerana ia dianggap sebagai langkah agresif oleh China.

Kapal Perang China Dikesan Berhampiran Sarawak

Media Filipina lapor lebih 200 buah kapal dari China mulai memenuhi perairan berhampiran Malaysia

Keadaan semakin meruncing apabila kapal perang jenis frigat 053H3 Jiangwei milik China dikesan berlegar berhampiran pelantar minyak Velesto NAGA 4 dalam perairan Sarawak. Keberadaan kapal perang ini dilihat sebagai satu bentuk ugutan yang terus meningkatkan ketegangan di Laut China Selatan, kawasan strategik yang menjadi rebutan beberapa negara.

Kementerian Luar Negeri Malaysia telah mengambil maklum mengenai laporan ini, namun tidak dapat mengesahkan ketepatan atau butiran spesifik pergerakan kapal tersebut. Pihak kementerian menjelaskan bahawa isu ini berada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa keselamatan dan pertahanan negara.

Media Filipina lapor lebih 200 buah kapal dari China mulai memenuhi perairan berhampiran Malaysia

Dalam kenyataan media, Kementerian Luar Negeri menegaskan bahawa pendirian Malaysia mengenai Laut China Selatan kekal konsisten. Malaysia komited untuk mempertahankan kedaulatan dan hak-hak di kawasan maritim seperti yang digariskan dalam Peta Malaysia 1979 dan selaras dengan undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982.

Baca Lagi:
Ramai yang tak tahu, sebelum bergelar ‘CEO Megah Holding’, Mustapha Kamal dulu pernah bergelar ‘Rockstar’
Individu terkejut jumpa ‘lencana Israel’ untuk dijual secara terbuka di Pulau Pinang
Orang hilang: Keluarga tawar ganjaran RM1000 jika dapat jumpa Azman Sulaiman