MB Terengganu hilang, didakwa bercuti di Auckland ketika negeri dilanda banjir

MB Terengganu hilang, didakwa bercuti di Auckland ketika negeri dilanda banjir

MB Terengganu hilang, didakwa bercuti di Auckland ketika negeri dilanda banjir. Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar didakwa berada di Auckland, New Zealand bercuti bersama keluarga ketika negeri itu dilanda musibah banjir besar.

Berdasarkan maklumat tiket kapal terbang yang dilihat Malaysiapost bertarikh 11 Disember atas nama Samsuri dan isterinya yang bernama Datin Seri Tuan Faizan Tuan Ab Rahman, menuju Auckland, New Zealand.

MB Terengganu hilang, didakwa bercuti di Auckland ketika negeri dilanda banjir

Lebih menguatkan lagi spekulasi itu apabila tiada kelibat Samsuri ketika Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melawat mangsa banjir di Terengganu hari ini.

Malah, Samsuri juga tidak kelihatan bersama Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang turut melawat mangsa banjir Pusat Pemindahan Sementara (PPS)
Seberang Tayor, Tebak, Kemasik dan Dewan Sivik Paka, hari ini.

MB Terengganu hilang, didakwa bercuti di Auckland ketika negeri dilanda banjir

Menerusi hantaran di Facebook, Abdul Hadi memaklumkan beliau bersama Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, Exco Kerajaan Negeri merangkap ADUN Chukai, Haji Hanafiah Mat dan ADUN Air Putih Cikgu Abdul Razak Ibrahim.

Malaysiapost telah cuba menghubungi pemimpin PAS Terengganu mengenai perkara ini namun belum mendapat respon.

Malaysiapost telah menghubungi Dr Samsuri menerusi aplikasi Whatsapp untuk mendapatkan pengesahan berita ini, namun beliau masih tidak memberi apa-apa respon setakat ini.

Setakat malam ini, Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 39,311 orang daripada 10,937 keluarga berbanding 39,108 orang daripada 10,735 keluarga petang tadi.

Sebanyak 304 PPS beroperasi di kesemua lapan daerah di negeri itu dengan Besut merekodkan seramai 9,225 mangsa, Kemaman (8,573 mangsa), Hulu Terengganu (6,375 mangsa), Setiu (4,988 mangsa), Dungun (4,005 mangsa), Kuala Terengganu (2,545 mangsa), Kuala Nerus (1,839 mangsa) dan Marang (1,761 mangsa).

Baca Lagi:
Pengusaha dobi terkejut, selama ini dapat job cuci karpet sejadah rupanya dari rumah PM10
Kereta Proton Saga muncul dalam siri Mr.Bean akhirnya terjawab
5 cara pilih durian terbaik untuk dapatkan isi yang puas hati
CATEGORIES