MB Selangor dedah takungan air di empangan Selangor mampu bertahan selama 4 bulan tanpa hujan

MB Selangor dedah takungan air di empangan Selangor mampu bertahan selama 4 bulan tanpa hujan

MB Selangor dedah takungan air di empangan Selangor mampu bertahan selama 4 bulan tanpa hujan. Takungan air di empangan sekitar Selangor dijangka bertahan hanya empat bulan walaupun tiada hujan turun, ujar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau memaklumkan, setakat Rabu lalu, tujuh empangan Selangor di lima daerah berada pada tahap kapasiti penuh dan mencukupi untuk keperluan negeri itu.

Tujuh empangan tersebut adalah Sungai Selangor dan Sungai Tinggi di Hulu Selangor; Tasik Subang di Petaling; Sungai Langat dan Semenyih di Hulu Langat; Simpanan Luar Sungai Labu di Sepang; Klang Gates; dan Batu di Gombak.

MB Selangor dedah takungan air di empangan Selangor mampu bertahan selama 4 bulan tanpa hujan

Sementara itu, Lembaga Urus Air Selangor telah mengenal pasti 98 takungan dengan jumlah 34 juta meter padu air sebagai sumber alternatif dan simpanan air di negeri berkenaan.

Media tempatan juga melaporkan bahawa sumber air mentah Selangor kini berada pada kapasiti 95 peratus dan boleh memenuhi keperluan semua pengguna domestik dan industri Selangor selama empat hingga enam bulan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa Kerajaan sedia mengisytiharkan darurat sekiranya cuaca panas dalam negara mencapai tahap suhu melampau.

Katanya, “Belum lagi (laksana darurat), tetapi kita sudah sedia.”

Baca Lagi:
Tertinggi dalam sejarah Malaysia, bidaan nombor plat ‘FF’ berjumlah RM34.2 juta
Kisah dua anak Dato Seri Vida meninggal dunia dalam kebakaran, Cik B mengimbau detik-detik duka
Suami kantoi curang, perbualan mesej pula buat isteri sedih sampai gigil tangan
CATEGORIES