Mayat wanita disahkan meninggal dunia tapi hidup semula selama 5 jam

Photo of author

By Joe

Mayat wanita disahkan meninggal dunia tapi hidup semula selama 5 jam. Sebuah rumah pengebumian di Nebraska, Amerika Syarikat (AS) dikejutkan apabila seorang wanita yang sebelum ini diisytiharkan meninggal dunia kembali hidup.

Ben Houchin, Timbalan Ketua Daerah Lancaster, mengatakan bahawa Constance Glantz, 74 tahun, telah disahkan meninggal di sebuah rumah penjagaan pada pagi Isnin dan jenazahnya dipindahkan ke fasiliti tersebut apabila seorang pekerja mendapati wanita itu masih bernafas.

“Salah seorang staf kemudian menghubungi talian kecemasan dan pasukan yang tiba di rumah pengebumian itu mengesahkan bahawa Glantz masih hidup.

Mayat wanita disahkan meninggal dunia tapi hidup semula selama 5 jam

“Wanita itu kemudiannya dibawa ke hospital berdekatan, tetapi menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira lima jam kemudian,” katanya.

Menurutnya, kes itu sangat luar biasa.

“Saya belum pernah melihat kejadian seperti ini sepanjang 31 tahun saya berkhidmat,” katanya lagi.

Difahamkan, Glantz sedang menerima perawatan hospis ketika pengesahannya sebagai kematian dibuat pada mulanya.

“Pada masa ini, kami tidak mempunyai bukti jenayah oleh kakitangan pusat penjagaan tersebut. Siasatan masih berterusan,” jelasnya.

Sementara itu, Peguam Daerah Lancaster telah memerintahkan untuk menjalankan autopsi ke atas mayat tersebut dan keputusannya dijangka akan diperoleh dalam tempoh 12 minggu.

Baca Lagi:
Tahun ini genap 40 tahun, ini kisah perjalanan kedai serbaneka 7-Eleven di Malaysia
Memalukan! Israel kena ‘pulau’ di pentas antarabangsa
Senarai 7 negara yang paling ramai dibenci tahun 2024