Maut selepas di rukiah, mayat kanak-kanak mereput atas katil

Photo of author

By Joe

Maut selepas di rukiah, mayat kanak-kanak mereput atas katil. Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun telah dijumpai mati di dalam rumahnya sendiri. Mayat kanak-kanak itu telah dijumpai oleh datuk dan neneknya ketika mereka datang menziarah.

Mayat kanak-kanak yang bernama Aisyah itu telah meninggal selama 4 bulan dan mayatnya telah disimpan dibiliknya oleh ibu bapanya sendiri di rumah. Mayat Aisyah diletakkan di atas katil dan dibiarkan mereput selama 4 bulan sebelum dijumpai pada 16 Mei 2021.

Diceritakan, datuk dan nenek Aisyah telah menziarahi keluarga itu untuk bertemu dengan cucunya kerana rindu. Ketika sampai, mereka bertanya kepada orang tua Aisyah tentang keberadaan cucunya itu. Namun, mereka terkejut ketika melihat mayat Aisyah di atas katil yang hampir menjadi rangka.

Maut selepas di rukiah, mayat kanak-kanak mereput atas katil

Mereka meminta penjelasan daripada orang tua Aisyah. Ibu bapa kanak-kanak tersebut memberitahu bahawa Aisyah sedang menjalani rawatan rukiah kerana terlalu degil. Setelah mendengar penjelasan daripada orang tua Aisyah, datuk dan nenek Aisyah telah memberitahu ketua kampung dan seterusnya membuat laporan di balai polis.

Berikutan dengan laporan yang dibuat, polis telah menahan dua pelaku yang mengaku sebagai bomoh yang telah mengrukiahkan kanak-kanak malang itu. Dua suspek iaitu Haryono (56 tahun) dan Budiono (43 tahun) ditangakap di kediaman tidak jauh dari tempat tinggal Aisyah.

Kedua suspek mengaku kanak-kanak itu terlalu degil akibat dirasuk oleh makhluk halus yang dipanggil genderuwo. Suspek mengaku ingin merukiahkan mangsa untuk menghalau makhluk halus itu dengan cara menenggelamkan mangsa ke dalam kolah mandi sehingga lemas dan meninggal. Jasadnya kemudian dibaringkan di atas katil biliknya. Suspek berkata Aisyah akan terbangun semula suatu hari nanti. Mayat Aisyah dibiarkan sehingga tinggal kulit dan tulang sebelum dijumpai. Selain suspek, ibu bapa kanak-kanak ini juga telah ditahan oleh pihak polis.

Menurut Ahli Sosiologi, perbuatan suspek yang menenggelamkan Aisyah ke dalam kolah mandi bagi tujuan rukiah adalah tidak wajar. Diyakini perbuatan dukun yang ingin merawat Aisyah itu tidak berniat untuk membunuh kanak-kanak itu. Suspek mungkin tidak sengaja menenggelamkan mangsa berterusan sehingga membuat kanak-kanak itu mati lemas. Perbuatan kedua suspek dan orang tua mangsa boleh dikategorikan sebangan kecuaian yang berakibatkan kehilangan nyawa seseorang.

SUMBER

Baca Lagi:
Petugas ibadah korban terkejut jumpa 2 janin dalam perut lembu jantan
Rumah terbiar hampir 5 tahun selepas pemilik meninggal, cleaner jumpa wang tunai RM38,000 dalam rumah
Burung kakak tua hilang, pemilik tawar ganjaran RM6,000