Maut disedut kipas bot selepas terjun laut untuk ambil selipar

Maut disedut kipas bot selepas terjun laut untuk ambil selipar

Maut disedut kipas bot selepas terjun laut untuk ambil selipar. Seorang pelancong di Colombia maut akibat disedut masuk ke dalam kipas bot selepas terjun ke dalam laut untuk mengambil selipar, lapor akhbar The Sun semalam.

Saksi kejadian menjerit ketakutan apabila mangsa, Natalia Andrea Larranaga Fajardo, 26, dirempuh oleh bot itu pada 27 November lalu.

Mangsa mula mengalami banyak pendarahan selepas cedera parah di kaki dan bahagian bawah badannya. Kejadian itu berlaku di Pantai White Wata di pulau San Andres.

Maut disedut kipas bot selepas terjun laut untuk ambil selipar

Natalia dilaporkan terjun untuk mengambil seliparnya sebelum badannya ditarik ke arah kipas bot, demikian menurut beberapa laporan.

Mangsa kemudian dibawa ke sebuah hospital di pulau itu, sebelum menjalani beberapa prosedur pemindahan darah dan pembedahan untuk membaiki saluran darahnya.

Pakar perubatan terpaksa menyedarkannya selepas dia mengalami serangan jantung. Dia dimasukkan ke ICU selepas mengalami serangan jantung kali kedua sebelum meninggal dunia keesokan harinya.

“Bot itu telah dilarang untuk dipandu dan dua kru diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk disoal siasat,” kata pihak berkuasa maritim Colombia, Dimar.

Pegawai di San Andres mengingatkan perenang supaya menjauhkan diri daripada bot yang bergerak dan memberitahu kru jika mereka ingin terjun ke dalam air.

Baca Lagi:
Formula Rafizi turunkan harga Myvi RM25,000 ditunggu-tunggu rakyat
Wanita sedih pernikahan dibatalkan, bakal suami dedah pihak perempuan minta geran rumah sebagai mas kahwin
Buah paling mahal di dunia, harga dia boleh beli sebuah rumah
CATEGORIES