‘Mata kail’ dalam lauk kari kepala ikan, pelanggan bengang hanya dapat diskaun 60 Sen

‘Mata kail’ dalam lauk kari kepala ikan, pelanggan bengang hanya dapat diskaun 60 Sen

‘Mata kail’ dalam lauk kari kepala ikan, pelanggan bengang hanya dapat diskaun 60 Sen.

Kita sebagai pelanggan bila berada di restoran, selain servis layanan dan kebersihan makanan, keselamatan juga perlu dititik beratkan.

Seorang wanita baru-baru ini ada makan di sebuah restoran di KL dan berdepan dengan situasi bahaya apabila dia menjumpai sesuatu dalam kari kepala ikan yang dia makan.

Jumpa mata kail masa tengah makan ikan

Baginya, ia merupakan satu pengalaman yang tak boleh dilupakan sepanjang hidupnya makan kari kepala ikan setelah dia yang waktu itu tengah makan bersama keluarganya terjumpa mata kail kat dalam lauk tu.

'Mata kail' dalam lauk kari kepala ikan, pelanggan bengang hanya dapat diskaun 60 Sen

Tidak pasti bagaimana mata kail itu ditemui, namun mujurlah tiada di antara mereka yang tercedera.

Terkejut melihatnya, wanita itu terus memanggil pengurus restoran untuk melaporkan hal ini namun respon yang dia terima sangatlah tidak memberangsangkan.

“Sorry salah supplier.”

Lapor Sin Chew, sebelum dia laporkan kepada pengurus restoran, salah seorang waiter mengatakan bahawa ia silap pekerja dapur, namun apabila sampai ke perhatian pengurus, dia salahkan pengedar.

'Mata kail' dalam lauk kari kepala ikan, pelanggan bengang hanya dapat diskaun 60 Sen

Walaubagaimanapun, pengurus tersebut ada meminta maaf kepadanya dan pampasan yang diberikan hanyalah diskaun sebanyak 60 sen.

“Mula-mula kata salah pekerja dapur, lepastu kata salah pengedar pula. Nasib ayah saya tak tercekik makan mata kail tu, tapi macam mana kalau hidangkan kat pelanggan lain?”

Perkara ni tak boleh dipandang remeh, andaikata memang salah supplier sekalipun takkan lah diaorang tak check dulu sebelum masak?

Baca Lagi:

Lelaki tak jadi terjun dari kren tingkat 31 setelah diumpan dengan ‘nasi berlauk’

Kecoh! Katering tak muncul, keluarga pengantin terpaksa gotong royong masak lauk kenduri

Lelaki terkejut beli nasi lemak RM1.50 mengandungi ‘lauk istimewa’

CATEGORIES