‘Mat Salih’ berang tunjuk isyarat lucah selepas ditegur tidak pakai pelitup muka

‘Mat Salih’ berang tunjuk isyarat lucah selepas ditegur tidak pakai pelitup muka

‘Mat Salih’ berang tunjuk isyarat lucah selepas ditegur tidak pakai pelitup muka

Polis menjalankan siasatan berhubung video tular memaparkan seorang lelaki warga asing yang tidak memakai pelitup muka dan didakwa mengeluarkan kata-kata kesat serta isyarat lucah kepada pengawal keselamatan di sebuah pasar raya pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju telah menjalankan siasatan berhubung video yang tular di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

'Mat salih' berang tunjuk isyarat lucah selepas ditegur tidak pakai pelitup muka

“Selain itu siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan),” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pada Ahad, tular video berdurasi 18 saat dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok dan Twitter yang memaparkan seorang lelaki dipercayai warga asing tidak memakai pelitup muka dan menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan.

Baca Lagi:

Ini cara semak baki kredit Touch ‘n Go (TNG) pada Mykad anda dengan mudah

Tenggelamnya kapal perang utama Rusia bersama peluru berpandu sonik P-1000, ‘Perang Dunia Ketiga’ bakal bermula?

Mula-mula rasa seram tapi bila fikir balik, saya rasa sedih..Wanita terakam suara orang menjerit di sekitar kubur anaknya

CATEGORIES