Mat saleh ini mampu bertutur pelbagai bahasa, bila jumpa wanita ‘kecek kelate’ terus mengalah

Photo of author

By Joe

Mat saleh ini mampu bertutur pelbagai bahasa, bila jumpa wanita ‘kecek kelate’ terus mengalah. Untuk menguasai satu bahasa asing memerlukan satu jangka masa lama, inikan pula mahu menguasai hampir 30 jenis bahasa asing dari seluruh dunia. Namun, ada seorang lelaki dari Belanda, Wouter Corduwener, boleh berbuat sedemikian.

Wouter gemar membuat video bersiri di mana beliau akan berjumpa mana-mana orang awam dan akan bersembang orang tersebut mengikut bahasa ibunda yang mereka gunakan.

Dalam satu siri video yang dikongsikan, Wouter ada membuat satu ‘cabaran’ di mana beliau akan memberikan €20 (RM92.50) kepada mana-mana orang awam yang boleh berbicara dengannya dalam bahasa yang beliau tidak tahu.

Mat saleh ini mampu bertutur pelbagai bahasa, bila jumpa wanita 'kecek kelate' terus mengalah

Semasa beliau bertemu dengan sekumpulan pelancong, Wouter telah bertemu dengan seorang wanita Malaysia yang bercakap dalam dialek Kelantan. Jelas kelihatan Wouter sukar menjawab semula apa yang dituturkan oleh wanita itu mengikut dialek yang digunakan.

“So, demo kecek kelate ke? Bahasa apa demo kecek?” kata wanita Malaysia itu.

Setelah mendengar penerangan wanita Malaysia itu, Wouter segera memberikan €20 (RM92.50) kepadanya sebagai hadiah berjaya ‘menewaskan’ beliau. Seorang lagi wanita yang ada di situ terpinga-pinga apabila melihat kedua-duanya bersembang.

Wouter menerangkan bahawa mereka sedang berbicara dua bahasa berbeza, beliau menggunakan Bahasa Indonesia, manakala wanita itu pula menggunakan Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu).

Perkongsian semula video itu telah menarik perhatian warganet. Rata-rata ramai mengagumi dengan Wouter kerana beliau sangat arif membezakan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia, walaupun kedua-duanya mempunyai sebahagian bunyi dan perkataan yang agak sama.

Mat saleh ini mampu bertutur pelbagai bahasa, bila jumpa wanita 'kecek kelate' terus mengalah

Mat saleh ini mampu bertutur pelbagai bahasa, bila jumpa wanita 'kecek kelate' terus mengalah

Mat saleh ini mampu bertutur pelbagai bahasa, bila jumpa wanita 'kecek kelate' terus mengalah

Menurut akaun TikTok yang memuat naik semula video itu, ada beberapa siri video lain menunjukkan Wouter telah bertemu dengan pelancong-pelancong Malaysia dan beliau tewas dengan Bahasa Ibunda Malaysia.

Baca Lagi:
“Sepanjang 2 tahun kahwin, boleh kira dengan jari berapa kali kami bersama, terasa diri lagi hina dari pengemis, aku sampai bersujud dekat kaki suami supaya ceraikan aku…”
Pesara umur 73 tahun merana bateri meletup dalam zakar, mengaku sumbat 3 biji bateri dalam kemaluan untuk puaskan nafsu
Kisah yang ramai orang tak tahu, Zaiton Sameon dedah pernah diajak kawin oleh Allahyarham Sudirman, tapi ditolak dengan alasan ini..