Maszlee dedah penggantinya Menteri Kanan Pendidikan tak buat kerja tangani sekolah daif

Maszlee dedah penggantinya Menteri Kanan Pendidikan tak buat kerja tangani sekolah daif

Maszlee dedah penggantinya Menteri Kanan Pendidikan tak buat kerja tangani sekolah daif. Kelemahan pemantauan ke atas projek menaik taraf sekolah daif didakwa menjadi punca isu itu gagal ditangani secara tuntas, kata bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Pernah menerajui Kementerian Pendidikan selama 20 bulan selepas dilantik pada 21 Mei 2018 ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir Putrajaya, beliau turut mempersoalkan kredibiliti penggantinya kerana mendakwa tiada sebarang perkembangan positif mengenai kemajuan isu sekolah daif.

Beliau mendakwa, Datuk Dr Radzi Jidin yang mengambil alih jawatan selaku Menteri Kanan Pendidikan dilihat gagal melaksanakan tugas khususnya membabitkan isu sekolah daif.

Maszlee dedah penggantinya Menteri Kanan Pendidikan tak buat kerja tangani sekolah daif

“Kelemahan pemantauan. Jika dibandingkan dengan zaman saya (sebagai Menteri Pendidikan), apa yang berlaku ialah setiap kali (mesyuarat) pasca Kabinet, kita minta Bahagian Pembangunan untuk melaporkan perkembangan sekolah daif.

“Itu yang kita boleh dapat sasaran (selesaikan isu sekolah daif) 90 peratus. Jadi saya berharap kerajaan yang ada ini akan adaptasi mengenai pemantauan dan letakkan pada ‘dashboard’ (papan pemuka).

“Jadi bukan sekadar menteri boleh pantau (perkembangan sekolah daif), bahkan Ahli Parlimen dan semua pihak boleh pantau termasuk rakyat. Di zaman Radzi Jidin, ‘dashboard’ itu tak bergerak (tiada dikemas kini).

“Saya pernah mengeluarkan kenyataan dekat Parlimen yang menyatakan ‘dashboard’ itu sejak zaman saya (jadi Menteri Pendidikan), ia tidak berubah angka. Saya tengok data dari zaman saya tak juga bertambah. Kemudian saya tahulah dia (Radzi) pun tak buat kerja,” katanya kepada BH.

Kementerian Pendidikan (KPM) ada membangunkan sebuah papan pemuka yang diberi nama ‘Dashboard Projek Daif’ yang boleh diakses menerusi projekdaif.moe.gov.my.

Ia memaparkan maklumat berupa kemas kini projek sekolah yang dinaik taraf di bawah program pembaikan sekolah daif.

Ditanya apakah kekangan dana menjadi antara cabaran dihadapi kerajaan untuk menaik taraf sekolah daif yang memerlukan perbelanjaan besar, Maszlee menegaskan isu peruntukan bukan masalah.

Menceritakan apa yang dilakukan ketika menerajui KPM, beliau berkata sebanyak RM1 bilion dalam bentuk bayaran kontra kepada kerajaan Sarawak diumumkan.

Ini kerana, beliau berkata tumpuan diberikan terhadap Sarawak kerana negeri berkenaan memiliki banyak sekolah daif.

Menerusi kaedah itu, beliau berkata KPM yang diterajuinya pada masa itu berjaya mencapai sasaran ‘luar biasa’ apabila berjaya menyiapkan 90 peratus daripada keseluruhan 534 projek baik pulih sekolah daif di seluruh negara pada 2019.

“Dana kita boleh cari. Kalau seingat zaman saya, kita buat bayaran kontra dengan (kerajaan) Sarawak sebab kebanyakan (sekolah daif) di Sarawak. Bayaran kontra maksudnya dia (kerajaan Sarawak) ada hutang dengan (kerajaan) pusat.

“Jadi sekarang ini dengan RM1 bilion, ia akan jadi kontra hutang dia dengan pusatlah daripada dia bayar kepada pusat. Kemudian pusat nak agihkan kepada kementerian lain… Jadi kita spesifikkan untuk sekolah.

“Selepas itu, tak ada perkembangan sebab apabila saya bawa dalam Parlimen, zaman Radzi tak ada buat apa. Sekarang ini, Alhamdulillah, kita menghargai usaha Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan untuk teruskan usaha memperbaiki sekolah daif.

“Sekarang ini, saya tidak tahu apa mekanisme KPM. Cuma mungkin menteri sekarang boleh gunakan kaedah yang kita pernah gunakan dulu. Sebab mencapai 90 peratus (berjaya selesaikan naik taraf sekolah daif) adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia,” katanya.

KPM dalam satu kenyataan semalam menyenaraikan 830 sekolah di seluruh negara berskala 6 dan 7 berikutan blok pembangunan yang daif serta memerlukan pembangunan semula setakat 31 Januari lalu.

Susulan itu, kementerian akan memberi keutamaan dalam projek penggantian di sekolah terbabit.

Sekolah yang berskala 1 hingga 5 membabitkan fungsi dan keadaan bangunan di sekolah berdasarkan persepsi pengguna dengan kerja penyelenggaraan akan dilaksanakan mengikut keperluan.

Bagi Skala 6 dan 7 membabitkan keutamaan untuk pembangunan semula bangunan daif di sekolah yang disenaraikan.

Baca Lagi:
Duit kertas ringgit Malaysia diperbuat daripada lemak babi?, ini jawapan bekas Mufti Wilayah
Anak saudara pengasas KFC Kolonel Sanders bocorkan rahsia resepi ’11 rempah ayam goreng KFC’
Rezeki kahwin, abang Grab dapat jakpot jumpa pelanggan pemurah bagi tip RM500 tunai
CATEGORIES