Masuk penjara atas kesalahan orang lain, wanita ini kongsi kisah sedih digelar ‘mak’ solat seorang diri untuk kali terakhir

Masuk penjara atas kesalahan orang lain, wanita ini kongsi kisah sedih digelar ‘mak’ solat seorang diri untuk kali terakhir

Masuk penjara atas kesalahan orang lain, wanita ini kongsi kisah sedih digelar ‘mak’ solat seorang diri untuk kali terakhir. Seorang wanita tidak malu berkongsi kisahnya di balik tirai besi namun kisahnya mengenai seorang wanita yang digelar mak yang bersungguh mahu belajar solat, mengundang sebak ramai.

Berkongsi di TikTok, Adzrin Adzhar menceritakan bagaimana seorang banduan wanita dimasukkan ke penjara atas kesalahan orang lain yang menggunakan akaun bank milik wanita tersebut.

Ketika berada di dalam penjara, dia menceritakan bagaimana ‘mak’ memintanya untuk mengajarnya kembali cara solat yang betul.

Masuk penjara atas kesalahan orang lain, wanita ini kongsi kisah sedih digelar 'mak' solat seorang diri untuk kali terakhir

“Jadi kami ajar benda-benda yang wajib buat mak seperti tahiyat akhir dan Al Fatihah, sebab tu mak seronok bila saya jadi imam, dapat dengar bacaan surah lain.

“Mak kemudian minta kami ajar surah yang senang untuk dihafal, tapi saya pesan itu semua dan cukup baca yang wajib sahaja,” ujarnya.

@adzrinadzhar Replying to @fiena_safiyyah KITA SEMUA JANGAN PUTUS2 DOA UNTUK KETURUNAN KITA YA #mayinmenyanyi #penjarakajang #banduan #fyp #masukberanda #foryou ♬ kiss the rain – yiruma

Di kala usia sudah mencapai 67 tahun, solat wanita itu perlu dibantu sebab mahu merasai solat berdiri.

“Mak ada baca satu hadis yang menyatakan ‘kalau kamu perlu membayar orang untuk berdiri, bayarlah untuk berdiri seketika’ kemudian duduk.

“Kami letakkan tilam dalam sel dan lipat supaya mak boleh duduk,”ujarnya.

Renungan terakhir menambah sebak seolah-olah dirinya sedar bakal dijemput ke negara abadi.

Adzrin menceritakan bagaimana mak memandang setiap penghuni sel dengan penuh kasih sayang malah meluahkan rasa rindu kepadanya.

Di akhir hayatnya, wanita yang digelar mak itu meluahkan rasa bangga dapat solat bersendirian malah membaca setiap surah yang diajar kepadanya.

“Solat itu adalah solat terakhirnya,” ujar wanita tersebut dalam keadaan sebak.

Baca Lagi:
Tanah runtuh hempap tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, 69 dikhuatiri terperangkap
Selalu bawa bekal nasi telur rebus, bos pelik perangai staff dia, padahal baru dapat gaji…
Netizen perasan sesuatu yang tak kena dalam rumah Aishah, penyudahnya netizen pula kena marah
CATEGORIES