Masih tak laku, harga lelong banglo mewah Sajat turun kepada RM3.4 juta

Photo of author

By Joe

Masih tak laku, harga lelong banglo mewah Sajat turun kepada RM3.4 juta. Sudah masuk tahun 2025, rumah kediaman jenis banglo yang pernah didiami Sajat masih belum mendapat pemilik baharu.

Menerusi hantaran di Facebook ejen hartanah berpengalaman, Ishaq Marazi berkata baru-baru ini tiada pembida yang berminat untuk membida rumah milik pempengaruh itu.

Acara lelong itu berlangsung pada 5 Mac 2025, dengan harga jualan bermula RM3.79 juta.

Masih tak laku, harga lelong banglo mewah Sajat turun kepada RM3.4 juta

Bagaimanapun, disebabkan tiada pembeli, banglo itu akan dilelong sekali lagi dengan harga baharu, RM3.4 juta pada masa akan datang.

Menurut Ishaq Marazi, rumah berstatus mewah memang sukar untuk mendapat pembeli, kerana pembelinya biasanya golongan orang kaya.

“Rumah orang kaya memang agak susah nak dapat pembida. Sebab pembida pun orang kaya juga.
“Mereka ada pilihan tersendiri dalam membeli rumah. Agak terperinci, dari segi rekaan, susunan, bahan, fasad dan lain-lain lagi. Mereka ada citarasa masing-masing,” kata Ishaq Marazi.

Tambah beliau lagi, ramai pembeli menghubunginya untuk melihat sendiri rumah tersebut.

Bagaimanapun, itu tidak boleh dilakukan kerana mereka tidak dibenarkan untuk melihat bahagian dalaman rumah lelong.

“Ini adalah faktor terbesar kenapa rumah lelong itu murah. Kadang-kala ia dijual dengan harga separuh daripada harga asal,” jelas beliau.

Baca Lagi:
Ismail Sabri sambung MC, SPRM mahu jumpa doktor
Impian ahli perniagaan miliki Lamborghini Aventador S berkecai, rugi RM2.4 juta ditipu kenalan
‘Pulau Anjing’ – Ahli parlimen cadang ambil satu pulau di Langkawi untuk pelihara anjing liar