Masih belum pasti terbabit dalam kerajaan atau tidak – Mohd Redzuan

Masih belum pasti terbabit dalam kerajaan atau tidak – Mohd Redzuan

Masih belum pasti terbabit dalam kerajaan atau tidak – Mohd Redzuan.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih belum pasti sama ada akan terbabit dalam pembentukan kerajaan baharu sekali gus berada dalam kabinet susulan pelantikan Perdana Menteri ke-10.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum itu, beliau dilihat meninggalkan kawasan kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 3 petang.

Masih belum pasti terbabit dalam kerajaan atau tidak - Mohd Redzuan.

Mohd Redzuan berkata, mereka juga tidak jelas sekiranya pembentukan kerajaan Persekutuan nanti adalah Kerajaan Perpaduan atau sebaliknya.

Ditanya sama ada Ahli Parlimen Bersatu atau PN akan berada dalam kabinet yang baharu nanti, beliau berkata, perkara itu bergantung kepada Perdana Menteri.

“Kami tidak pasti kerana kenyataan itu tidak jelas dan tidak menyatakan secara khusus Kerajaan Perpaduan atau sebaliknya.
“Jika diikutkan, ia sepatutnya membabitkan semua pihak, namun kita tidak pasti apa sebenarnya kini kerana kenyataan yang dikeluarkan tidak menyatakan dengan jelas pelantikan Perdana Menteri ke-10 sebentar tadi adalah bagi menubuhkan kerajaan perpaduan atau sebaliknya,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

Baca Lagi:
Tular video pemuda tunggang kuda bawa bendera ‘kalimah syahadah’ di Pulau Pinang
Ringgit naik mendadak 1.5% selepas Anwar PM ke-10
Muhyiddin Yassin cabar Anwar kemukakan bukti cukup sokongan MP
CATEGORIES