Manusia ini ada ‘deria keenam’ boleh tahu hujan nak turun, siap cari tempat berlindung awal-awal

Photo of author

By Joe

Manusia ini ada ‘deria keenam’ boleh tahu hujan nak turun, siap cari tempat berlindung awal-awal. Setiap manusia berbeza kelebihan dan kelemahan dalam diri.

Namun ada sesetengah individu dianugerahkan kelebihan luar biasa atau lebih dikenali sebagai deria keenam.

Deria keenam membolehkan seseorang itu untuk melihat sesuatu lebih dari jangkauan manusia biasa.

Begitulah pengalaman yang dikongsikan seorang wanita di Twitter apabila kenalannya dikatakan mampu menghidu air hujan di langit sebelum ia mencurah ke bumi.

Manusia ini ada 'deria keenam' boleh tahu hujan nak turun, siap cari tempat berlindung awal-awal

Wanita yang senang disapa sebagai Tatty itu berkata dia berasa sedikit cemburu apabila mengetahui tentang wujudnya anugerah unik itu.

“Baru tahu sebenarnya ada orang yang boleh hidu bau air hujan sebelum hujan tu sendiri turun
“Sekarang saya rasa cemburu, indahnya anugerah itu,” kata Tatty.

Seorang netizen meminta penjelasan lanjut dengan bertanyakan apakah yang dimaksudkan dengan ‘anugerah menghidu bau air hujan’.

Manusia ini ada 'deria keenam' boleh tahu hujan nak turun, siap cari tempat berlindung awal-awal

“Kejap (sekejap) saya ingat semua orang boleh bau hujan?” soal netizen itu.

Tatty kemudian membalas persoalan itu dengan mengatakan anugerah tersebut berbeza dengan deria bau manusia biasa.

“Kalau untuk saya, memang boleh bau air hujan tu bila kena rumput atau lantai.

“Tapi ada yang boleh bau hujan sebelum hujan turun dan bau tu berubah ikut lokasi, sangat menakjubkan,” kata Tatty.

Seorang lagi netizen kemudian tampil berkongsi penjelasan saintifik kepada anugerah menghidu bau air hujan itu.

“Bau air hujan sebelum hujan turun ini dipanggil sebagai Petrichor. Kalau ikutkan hujan itu sendiri sebenarnya tak ada bau.

“Bau itu datang dari reaksi kimia melibatkan tumbuhan dan bakteria kepada titisan air hujan. Dalam beberapa minit sebelum hujan lebat, biasa akan renyai dulu.

“Bila start renyai, bau tu akan naik, inilah apa yang dihidu oleh mereka yang kata mereka ada deria boleh predict hujan akan turun.

“Mereka bukannya gila atau istimewa, ia adalah sains,” jelasnya.

Seorang lagi netizen juga menceritakan bagaimana bau Petrichor boleh tercetus dari hujan yang sudah turun di tempat lain.

“Kadang hujan itu dah turun di tempat yang berdekatan dengan lokasi kita sedang berada.

“Bau Petrichor tu boleh sampai kepada kita sebelum tempat kita hujan.

“Jadi ya bau Petrichor ini memang in a way boleh bantu kita predict hujan,” kata pelayar tersebut.

Manusia ini ada 'deria keenam' boleh tahu hujan nak turun, siap cari tempat berlindung awal-awal

Pelayar lain juga sempat menceritakan kelebihan istimewa yang dimiliki mereka.

“Saya ada kelebihan boleh hidu waktu tu masih malam or dah subuh. Tak perlu tengok jam pun, bila hidu je saya boleh tahu yang ini dah subuh.

“Rakan sebilik saya dulu ada kelebihan boleh hidu bau lipas.

“Ada satu malam tu dia menangis cakap ada lipas dalam bilik tu, saya pun cakap tak ada sebab memang tak jumpa.

“Sekali esok memang ada lipas keluar dari bawah katil, biar betul sahabat,” kata sebilangan warga maya.

Baca Lagi:
Ziana Zain kekal cantik walaupun usia dah cecah 55 tahun, ini rahsianya
Kerani dicurigai memiliki empat kenderaan mewah termasuk jenis Rolls-Royce Phantom yang berharga RM6 juta
‘Sempat buat kopi untuk saya’ – Bibik Ayu Puteh curi RM12,000 semasa tengah solat